Liberty Walk hasil kit badan lebar untuk Nissan Fairlady Z

oleh Mohamad Hanif|
Sudah terdapat beberapa syarikat penala yang tampil dengan pakej aksesori kit badan untuk Nissan Z.

Namun yang paling mencuri tumpuan pada ketika ini ialah hasil kerja yang diperlihatkan oleh Liberty Walk yang sebelum ini biasa kita kenal dengan barisan supercar berbadan lebar.
 

X


Untuk model Fairlady Z, Liberty Walk telah memadankan beberapa komponen baharu seperti bampar depan yang telah direka semula, spoiler dagu, penambahan fender lebar yang diwarnakan hitam, serta spoiler ekor itik yang sangat lebar.

Rekaan asal bampar belakang tidak disentuh, namun Liberty Walk telah menambah struktur diffuser pada bahagian tersebut.
 

ZXZ


Jika dilihat, Nissan Z berbadan lebar ini mempunyai 'stance' yang lebih rapat ke tanah, terima kasih kepada penggunaan sistem suspensi udara baharu, diikuti dengan set rim RS Watanabe yang dibaluti tayar lebar Advan.

Untuk ruang kabin pula, ia mendapat naik taraf sepasang tempat duduk bucket gentian karbon ala retro daripada Bride.
 

Z


Berapa pula kos untuk mendapatkan pakej kit badan Liberty Walk ini?

Difahamkan, satu set penuh FRP (plastik bertetulang gentian) dijual pada harga bermula dari $9,328 (RM43,904), dan mampu melonjak sehingga $11,583 (RM55,048) apabila anda memilih bahan plastik bertetulang gentian karbon (CFRP).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Inspirasi Budaya Jepun Pada Jentera Lumba Elektrik Menurut Liberty Walk, rekaan jentera ini…
Berita Global
Rekaan Overfender dan Wide Body Miura GT versi Liberty Walk hadir dengan kit overfender serta…
Berita Global
Dari SEMA 2025: Fokus Pada Widebody Kit Di SEMA 2025, Land Cruiser 250 versi Liberty Walk hadir…