Nissan tutup kilang di Indonesia, fokus produksi ASEAN di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh tiga kawan serangkai Renault-Nissan-Mitsubishi yang dibuat baru-baru ini, Nissan pula kini memperincikan pelan penstrukturan semula operasi globalnya untuk tempoh empat tahun akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah strategi baharu itu, Nissan akan mengurangkan sasaran produksi global sebanyak 20 peratus kepada 5.4 juta unit setahun, dan disusuli dengan pengurangan barisan produk global daripada 69 kepada 55 buah model sahaja.

Pengurangan ini bakal menyaksikan penutupan beberapa buah fasiliti pemasangan termasuklah di Barcelona dan Indonesia.

Melihatkan kepada penutupan kilang di Indonesia, Nissan akan memfokuskan produksi rantau ASEAN di kilang utama bertempat di Thailand.

 


Bercakap soal produk pula, Nissan baru-baru ini turut mendedahkan sebuah video teaser yang memperlihatkan pengenalan 12 buah model yang akan dilancarkan dalam tempoh 18 bulan akan datang, di mana fokus Nissan kini tertumpu ke arah kenderaan segmen C dan D, kenderaan elektrik dan kereta sports Z.

Sudah pasti, kenderaan elektrik (EV) bakal memainkan peranan penting di mana Nissan berazam untuk menjual lebih daripada satu juta unit EV dan hibrid menjelang akhir tahun 2023.

Ia akan disokong dengan pengenalan sistem bantuan pemanduan termaju ProPILOT yang bakal merangkumi lebih daripada 20 buah model untuk 20 pasaran di peringkat global.

Secara umumnya, Nissan akan memfokuskan operasi tunjang mereka di tiga pasaran utama, iaitu Jepun, China dan Amerika Utara, serta bertindak untuk keluar dari pasaran Korea Selatan.

Jenama murah Datsun juga akan turut dihentikan operasinya di Russia kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…