Nissan Sylphy Zero Emission - Saudara dekat Nissan LEAF, buatan China!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika diperhatikan di atas jalan raya, Nissan Sylphy boleh dikatakan tenggelam dek persaingan dengan model lain seperti Honda Civic dan Toyota Corolla Altis.

Tidak pasti apakah puncanya, adakah kerana kurang promosi, pakej spesifikasi atau reka bentuk.

Namun apabila membaca perkembangan Nissan di peringkat global, tiada yang tidak kena dengan jenama ini malah beroperasi cemerlang apabila mencatat jualan tertinggi dalam pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Nissan juga tidak berhenti dalam menghasilkan inovasi unggul dalam industri automotif. Contoh terbaru apabila Nissan sudah mula membuka tempahan Sylphy Zero Emission di China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan Sylphy Zero Emission

 

Sylphy Zero Emission adalah kereta elektrik (EV) pertama Nissan yang dibuat di China dan untuk pasaran China. Model ini boleh bergerak sehingga 338 km dengan caj penuh.

Model ini adalah saudara dekat Nissan LEAF tetapi dengan ruang kabin dan but lebih besar. Atau mungkin juga boleh diibaratkan sebagai LEAF sedan. 

Sylphy Zero Emission menggunakan platform sama seperti LEAF yang membolehkan bateri ditempatkan di bawah kerusi. Lokasi tersebut membolehkan ruang penumpang tidak terganggu dan boleh dinaiki dengan selesa.

Untuk menghasilkan kereta ini tidak mudah. Nissan telah menghabiskan lebih daripada 70 tahun dalam bidang penyelidikan dan pembangunan EV dan lebih daripada 25 tahun dalam penyelidikan bateri, pembangunan dan pengalaman pengilangan.

 

Nissan Sylphy Zero Emission

 

Hasil tumpuan dan penat lelah itu dapat dilihat pada hari ini apabila 320,000 unit LEAF telah terjual di serata dunia.

Kenapa Nissan memasarkan Sylphy Zero Emission ini di China terlebih dahulu dan bukan di Eropah atau Jepun seperti LEAF?

Salah satu jawapannya ialah polisi negara China yang mahukan kenderaan sifar emisi dan ini adalah model elektrik pertama Nissan untuk pasaran umum, model elektrik pertama daripada 20 model elektrifikasi yang bakal dilancarkan dalam masa lima tahun akan datang.

20 dalam masa lima tahun? Secara purata empat model dalam masa setahun. Segala-galanya mega dan pantas bukan di China?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Sylphy Zero Emission

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…