Nissan sasar pasaran BYD di China 

oleh HEZERI SAMSURI|
Nissan sedang merancang untuk memasarkan kenderaan elektrik (EV) milik mereka di dalam pasaran yang sama seperti BYD di China.

Malah, Nissan juga mahu menjadi seperti Tesla, BMW dan Ford yang mengeksport produk-produk mereka yang dipasang di China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Masashi Matyuyama, Timbalan Presiden untuk Nissan Motor dan juga Presiden untuk Nissan China, syarikat automotif Jepun itu berhasrat untuk mengeksport barisan model-model berenjin sekarang dan juga merancang untuk mengeksport kenderaan EV dan Plug-In Hybrid yang dibangunkan di China.

Tren ini tidak mengejutkan kerana pasaran domestik China yang cukup besar dan juga kos pengilangan yang rendah.

Nissan telah mengumumkan untuk membuka pusat penyelidikan dengan kerjasama Universty Tsinghua di China tahun hadapan, dengan fokus kepada pembangunan EV termasuk infrastruktur penegcasan dan kitar semula bateri.

Dunia EV memang sedikit menghairankan kerana walaupun dunia sudah mula beralih arah kepada EV, teknologi bateri, pengecasan dan juga apa yang akan terjadi kepada bateri terpakai sebenarnya masih belum mencapai tahap kematangan.

Namun begitu, perubahan iklim yang ketara memaksa dunia untuk segera melakukan sesuatu dan peralihan kepada EV adalah antara yang menjadi cadangan banyak negara, termasuk Malaysia.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…