Nissan sambut ulang tahun ke-90, perkenal pelbagai model istimewa

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Sakura 90th Anniversary
Nissan Sakura 90th Anniversary
Nissan Motor Co., Ltd. yang dikenali hari ini ditubuhkan pada 1933 hasil gabungan dan pengambilalihan beberapa syarikat sebelum itu.

Penubuhan pada 1933 bermakna Nissan kini berusia 90 tahun dan disambut dengan sejumlah model istimewa seperti Sakura, LEAF, Note, Note Aura dan Serena.

Di antara keistimewaan model tersebut ialah riasan warna tembaga sebagai simbolik kenderaan elektrik (EV), rim khas dan perumah cermin sisi hitam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan Sakura 90th Anniversary

Nissan Sakura 90th Anniversary

 

Kei-car EV ini diriasi jalur tembaga sepanjang bingkai atas kereta dan perumah cermin sisi. Rim aluminium 14 inci dibuat dalam warna hitam.

Pada bahagian dalam, kerusi dibalut kulit sintetik dari TailorFit yang tahan lasak dan mempunyai rasa seperti kulit Nappa untuk keselesaan penumpang.

Nissan LEAF 90th Anniversary

Lip bampar depan dan sebaris bampar belakang dibuat dalam warna tembaga dan begitu juga jaluran perumah cermin sisi. Rim aluminium 17 inci berwarna hitam.

Kerusi dibalut gabungan suede dan kulit tiruan yang mempunyai visual dan rasa seperti kulit selain tahan lasak dan kalis air.

Nissan LEAF 90th Anniversary

Nissan Note 90th Anniversary

Model rupa baharu Note baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini. Jeriji V-Motion pada bampar dibuat dalam warna tembaga dan begitu juga riasan perumah cermin sisi.

 

Nissan Note 90th Anniversary

 

Rim 16 inci diwarnakan hitam dan dijadikan perkakasan asas berbanding pilihan sebelum ini. Kerusi dibalut bahan dari TailorFit dengan riasan warna tembaga.

Nissan Note Aura 90th Anniversary

Note ulang tahun ke-90 dibezakan dengan bingkai lampu kabus warna tembaga, jalur perumah cermin sisi dan rim 17 inci istimewa warna hitam dan perak.

 

Nissan Note Aura 90th Anniversary

 

Sama seperti Note, kerusi dibalut bahan dari TailorFit dengan sulaman warna tembaga.

Nissan Serena 90th Anniversary

Bilah jeriji atas unik dengan warna tembaga dan riasan perumah cermin sisi kekal seperti model istimewa lain.

Rim 16 inci Serena pula berbeza daripada model lain dan tidak dihitamkan sepenuhnya. Kerusi dibalut kulit sintetik hitam dan sulaman tembaga.

Nissan Serena 90th Anniversary

Selain perkakasan asas pelanggan boleh mendapatkan aksesori tambahan seperti alas kaki dan visor plastik dengan logo 90th Anniversary.

Turut ditawarkan bingkai plet pendaftaran juga dengan logo dan pelekat tukup yang bertukar warna mengikut cahaya.

 

Nissan Sakura 90th Anniversary

 

Varian dan harga Nissan 90th Anniversary:

Serena e-POWER Highway Star V (8 tempat duduk)

  • HR14DDe-EM57, 2WD: 3,779,600 yen (RM125,006)

Note

  • X, HR12DE-EM47, 2WD: 2,409,000 yen (RM79,684)
  • X Four, HR12DE-EM47-MM48, 4WD 2,690,600 yen (RM88,975)

Note Aura

 

  • G, HR12DE-EM47, 2WD: 2,809,400 yen (RM92,875)
  • G Four, HR12DE-EM47-MM48, 4WD 3,067,900 yen (R101,396)

LEAF

 

  • XV, 40kWj, 2WD: 4,412,100 yen (RM145,823)
  • e+X, 60kWj, 2WD 5,584,700 yen (R184,614)

Sakura

 

  • X, 60kWj, 2WD: 2,658,700 yen (RM87,888)

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Nissan

 

Nissan 90th Anniversary

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…