Nissan perlu beroperasi dalam skala yang lebih kecil

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, jenama Jepun yang pernah besar suatu ketika dahulu kini terpaksa beroperasi pada skala yang lebih kecil untuk terus bertahan dalam keadaan yang semakin tidak menentu.
Modenas

Pengurusan tertinggi Nissan Motor Co. telah bersepakat untuk mengoperasikan Nissan pada skala yang lebih kecil, dan penstrukturan semula yang bakal bermula bulan hadapan bakal menyaksikan lebih 1 juta kenderaan akan dikurangkan daripada jumlah target tahunan asal.

Nasib Nissan mula terumbang ambing semenjak sebelum wabak COVID-19 melanda dunia, bermula daripada kes yang melibatkan bekas pemimpinnya Carlos Ghosn. 

Kesan pandemik yang melanda hanya membuatkan Nissan semakin hilang arah tuju sehingga memaksa pihak pengurusan untuk mengecilkan operasi demi menyelamatkan keadaan. 

 


Pelan penstrukturan semula Nissan sehingga Mac 2023 hanya boleh dibuat berdasarkan andaian bahawa Nissan mampu untuk mengembalikan semula angka jualan tahunan 5 juta unit setahun, namun ini akan mengakibatkan pengurangan besar terhadap kapasiti pengeluaran sedia ada. 

Menurut satu sumber memberitahu Reuters, "untuk tempoh bertahun-tahun, Nissan mensasarkan jumlah jualan tahunan sekitar 7-8 juta unit, namun syarikat masih gagal untuk menjual melebihi angka 5 juta unit setahun.

"Jadi, sasaran jualan awal ini bukan lagi satu keutamaan, dan pelan penstrukturan semula bakal menyebabkan perubahan terhadap operasi untuk tahun 2020-2022," menurut sumber itu lagi. 

Sebuah lagi sumber turut memberitahu, angka sasaran itu mungkin akan menjadi lebih rendah berbanding 5 juta melihatkan kepada impak coronavirus yang melanda dunia pada ketika ini yang menyebabkan penurunan permintaan terhadap kenderaan. 

Sumber: Autoblog

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini memaksa Nissan memikirkan kembali strategi mereka bersama rakan pakatan Renault dan Mitsubishi…
Berita Global
Pengumpulan dana ini dibuat setelah Nissan mencatatkan kerugian terbesar dalam tempoh 20 tahun,…
Berita Global
Malah, generasi baharu Nissan GT-R juga dikatakan tidak akan muncul dalam masa terdekat, paling…