Nissan mahu luaskan penawaran Safety Shield 360 secara standard di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Bermula tahun hadapan, Nissan mahu menawarkan ciri keselamatan Safety Shield 360 sebagai satu ciri standard untuk 10 buah model kenderaan di pasaran Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada ketika ini, ciri Safety Shield 360 itu hanya ditawarkan standard pada model Sentra, LEAF, Maxima, Kicks, Rogue Sport dan trak pikap Titan.

Antara model yang bakal dilengkapkan dengan ciri tersebut termasuklah Nissan Rogue 2021 serta tiga model tambahan yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

 


Dalam Safety Shield 360 yang ditawarkan oleh Nissan itu, ia merangkumi enam komponen keselamatan termaju seperti:

  • Brek Kecemasan Automatik dengan Pengesan Pejalan Kaki
  • Amaran Keluar Laluan
  • Bantuan Suluhan Tinggi Automatik
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Amaran Titik Buta
  • Brek Belakang Automatik

Menurut laporan daripada Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) berkata, kenderaan yang dilengkapi dengan ciri seperti amaran pelanggaran hadapan dan brek kecemasan automatik mampu mengurangkan sehingga 56% insiden pelanggaran.

Sementara kereta dengan ciri Brek Belakang Automatik menyumbang kepada penurunan 78 peratus kejadian pelanggaran, dan 22 peratus dengan ciri Amaran Lintasan Trafik Belakang.

 


Di Malaysia, usaha Edaran Tan Chong Motor sewajarnya dipuji apabila membawa masuk Nissan Almera yang dilengkapi dengan ciri brek kecemasan automatik dan amaran pelanggaran hadapan standard untuk kesemua varian.

Varian paling premium pula menerima tambahan ciri keselamatan seperti Amaran Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, serta sistem kamera keliling 360 darjah dengan Pengesanan Pergerakan Objek (i-MOD).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…