Nissan kitar semula bateri LEAF untuk kegunaan kilang jana kuasa di Sepanyol

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa pengeluar automotif mempunyai cara tersendiri dalam usaha untuk mengitar semula pek bateri kenderaan elektrik (EV) yang sudah terpakai tanpa menyebabkan alam sekitar tercemar.

Nissan seperti contoh melaksanakan projek "Second Life" dengan mengumpulkan pek-pek bateri terpakai daripada Nissan LEAF untuk dijadikan sebagai unit kuasa sandaran bagi kegunaan kilang jana kuasa di Melilla, Sepanyol.

Projek dengan kerjasama syarikat pembekal tenaga elektrik Enel Group itu bertujuan untuk meningkatkan tahap kestabilan jaringan grid terutama di kawasan yang terpencil, seperti Melilla dengan jumlah penduduk seramai 90,000 orang itu.
 

LEAF


Sistem tersebut terdiri daripada 48 unit pek bateri terpakai dan 30 unit bateri baharu yang membentuk sebuah penjana kuasa sandaran bertujuan untuk mengelakkan gangguan bekalan terutama ketika beban tenaga yang berlebihan berlaku.

Menurut Nissan, Second Life ini mempunyai kuasa setinggi 4MW dengan keupayaan untuk menghasilkan tenaga 1.7 MWh.

Sekiranya berlaku gangguan bekalan, ataupun operasi kilang jana kuasa terhenti buat sementara waktu, sistem Second Life mampu menjanakan kuasa kepada grid Melilla selama 15 minit sementara fasiliti tersebut memulakan kembali operasi penjanaan kuasa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pilih kesemuanya untuk dijadikan koleksi? Idea bagus. Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan…
Berita Global
  Gril itu adalah kesinambungan kepada dua abang besar iaitu Sentra dan Teana. Bahagian belakang…
Berita Global
  Pada hari pertama pameran, trak ini akan dipasang hon yang merupakan kerja baik pulih terakhir…