Nissan guna robot untuk pembuatan komponen, berita baik buat pemilik kereta lama

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dalam bidang pembuatan, kos yang besar diperlukan bagi membina acuan dan tekan kera (stamping) untuk menghasilkan komponen kenderaan.

Ia menjadi masalah untuk model lama dan klasik yang sudah lama dihentikan kerana acuan dan tekan kera telah dilupuskan.

Untuk menghasilkan semula adalah suatu yang tidak munasabah disebabkan kos dan kuantiti kecil.

Pada masa depan ia mungkin tidak menjadi masalah apabila Nissan telah berjaya membangunkan satu kaedah baharu bagi menggunakan robot untuk mengeluarkan komponen kereta daripada kepingan besi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Dual-sided dieless forming

 

Kejayaan ini memberi sinar kepada pemilik kenderaan bagi mendapatkan alat ganti yang sukar diperolehi atau tiada lagi di dalam pasaran.

Nissan berharap dapat mengkomersialkan teknologi ciptaannya iaitu dual-sided dieless forming di mana dua robot bergerak secara serentak dari dua arah bertentangan.

Kedua-dua robot itu menggunakan mata saduran berlian (diamond-coated) bagi membentuk kepingan besi secara berperingkat seterusnya menghasilkan komponen yang diinginkan. 

Teknologi ini boleh menghasilkan komponen gantian yang tidak lagi dikeluarkan Nissan dan dalam jumlah kecil.

Satu lagi kelebihan ialah teknologi ini hanya menggunakan kos awalan yang minimum dan tempoh pendek serta fleksibel dari segi pengeluaran.

 

 

Secara ringkasnya kedua-dua robot itu mampu menjalankan kerja acuan dan tekan tera tidak seperti sebelum ini yang memerlukan kos permulaan tinggi dan memakan masa lama. 

Sebelum Nissan berjaya, teknik dual-sided dieless forming sangat susah untuk dikomersialkan.

Ia berpunca daripada proses pengaturcaraan yang rumit dalam membolehkan kedua-dua robot bergerak serentak dan pada masa memastikan kualiti yang konsisten.

Teknologi sebelum ini banyak bergantung kepada pembentukan sebelah sisi (single-sided forming) yang turut membataskan bentuk yang dimahukan.

 

Nissan Dual-sided dieless forming

 

Melalui robot yang diletakkan secara bertentangan, bentuk komponen rumit dan terperinci dapat dihasilkan dengan lebih cekap dan efektik.

Teknik baharu ini dihasilkan oleh bahagian Pusat Penyelidikan dan Pembangunan dan juga perkembangan terkini dalam bidang teknologi bahan oleh Divisyen Penyelidikan Nissan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit/sumber foto, video: Nissan

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…