Nissan GT-R ini diberikan peluang kedua sebagai unit penghantar organ manusia di Portugal

oleh Mohamad Hanif|
Jika pasukan polis di Dubai menggunakan kereta-kereta sports, supercar dan hypercar untuk menarik perhatian umum, pihak Portuguese National Republican Guard pula menggunakan fungsi supercar sebagai mod untuk menghantar organ manusia!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan GT-R yang dipaparkan dalam artikel kali ini digunakan sebagai pengangkutan rasmi bagi Portuguese Republican Guard untuk menghantar bekalan organ untuk menyelamatkan nyawa manusia, dengan liveri kuning hijau dan perkataan “Transporte De Órgãos” yang membawa maksud unit penghantaran organ.

Tidak diketahui bagaimana pihak Guard mendapatkan unit ini, namun organisasi itu sebelum ini pernah merampas beberapa unit supercar termasuklah Nissan GT-R daripada penjenayah.

Ia bukanlah satu perkara yang tidak biasa dilakukan oleh pihak polis untuk menggunakan kembali kenderaan tersebut, apatah lagi ia sebuah Nissan GT-R!

 


Unit Nissan GT-R ini nampaknya merupakan sebuah model awal tahun 2010-an, didatangkan dengan nadi 3.8 liter bentangan V6 turbo berkembar yang menghasilkan 458 hp dan 588 Nm.

Dengan kuasa pecutan 0-96 km/j dalam masa tiga saat, Nissan GT-R merupakan satu kenderaan yang cukup sempurna untuk digunakan bagi menghantar bekalan organ kepada pihak hospital yang memerlukan.

Sejak 10 tahun yang lalu, Portuguese National Republican Guard telah pun membantu menghantar lebih daripada 2,836 organ dengan jarak perjalanan melebihi 500,000 km.

Kebanyakan masa, Nissan GT-R ini akan ditempatkan di Lisbon dan Porto.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Berita Global
Bagaimanapun, Nissan Micra boleh dikatakan sebagai antara model ikonik Nissan, terutama sekali…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…