Nissan e-NV200 laku keras di UK (van tanpa enjin, guna bateri)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Negara maju mendapat gelaran maju bukan hanya berpaut pada slogan. Ia diisi dengan sikap masyarakat serta undang-undang yang digubal, dikuatkuasakan dan dipatuhi.

Kesedaran masyarakat juga tinggi dalam membolehkan sesuatu yang mustahil menjadi realiti. Sebagai contoh jualan Nissan e-NV200 di United Kingdom melonjak kepada 200 peratus pada tahun 2019.

Nissan e-NV200 adalah van komersil janaan kuasa elektrik dan populariti tersebut berpunca daripada pemilik bisnes kecil di UK yang mahu meningkatkan kecekapan pengangkutan dan mengurangkan kos selain daripada perubahan undang-undang emisi dan pengenalan Zon Emisi Ultra Rendah London. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan e-NV200

 

Permintaan mendadak tersebut sebenarnya selari dengan tinjauan Nissan sebelum ini iaitu 24 peratus pemilik bisnes kecil di UK menjangkakan kesemua van komersil akan dijana kuasa elektrik dalam masa satu dekad.

Satu daripada tiga operator pengangkutan van juga mengatakan bahawa kecekapan bisnes adalah pendorong utama dalam menerima pakai teknologi baharu dan diikuti oleh penjimatan kos (17 peratus).

Nissan memaklumkan bahawa kos penggunaan e-NV200 hanyalah dua pence (RM0.11) untuk sebatu (1.6 kilometer) manakala sifar emisi yang dikeluarkan dikecualikan daripada caj zon emisi rendah yang dikuatkuasakan di UK.

Jumlah yang diberikan tersebut ternyata menjimatkan dan alangkah indahnya apabila pengguna jalan raya lain tidak perlu menghidu asap ekzos yang merbahaya (dan berbau busuk).

 

Nissan e-NV200

 

Nissan e-NV200 40kW yang lebih berkuasa diperkenalkan pada Februari 2018 dan sudah mencatatkan pesanan lebih daripada 10,000 unit. Sambutan tersebut juga bermakna tempoh menunggu pesanan ialah dalam masa tiga bulan.

Rekod tersebut juga selari dengan status e-NV200 sebagai kenderaan komersil ringan (LCV) sifar emisi terlaris di sepuluh buah pasaran Eropah di antaranya UK, Itali, Norway dan Belanda pada tahun lalu.

Sejak kali pertama dilancarkan pada 2014, jualan e-NV200 di Eropah mencatatkan prestasi cemerlang dengan lebih 20,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan.

Selain e-NV200, Nissan turut cemerlang dengan kereta penumpang LEAF yang kini sudah memasuki generasi kedua. 

 

Nissan e-NV200

 

Di dalam bidang kenderaan elektrik massa, wajar Nissan diberi tabik hormat di atas kejayaan dan pengaruh yang telah berjaya dibina.

Semangat warga dan penggubal undang-undang Eropah juga wajar dicontohi dalam membawanya ke benua lain.

Ancaman pencemaran dan perubahan iklim adalah sesuatu yang serius dan lihatlah kesan pemanasan global yang berlaku hari ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…