Nissan Ariya bakal muncul di Singapore Motorshow 2023, bersama X-Trail e-POWER dengan sistem e-4ORCE

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pada acara Singapore Motorshow 2023, Nissan akan mempamerkan barisan kereta elektrik nya yang dibarisi pelbagai model terkininya, acara itu akan berlangsung selama 4 hari dari 12 hingga 15 Januari 2023.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Untuk pertama kalinya, Nissan Ariya yang merupakan EV crossover coupe pertama Nissan bakal membuat kemunculan untuk pasaran Asia Tenggara.

 

2

 

Nissan juga membawakan SUV popularnya yang kini telah dinaik taraf dengan elektrifikasi, iaitu Nissan X-Trail e-POWER yang didatangkan dengan sistem elektrik AWD atau dikenali sebagai e-4ORCE.

Ianya dikuasakan dua motor elektrik dipadankan bersama enjin VC-Turbo serba baharu yang mampu menghasilkan sehingga 500 Nm!

 

3

 

Selain 2 model itu, Nissan juga mempamerkan Kicks e-POWER 2023 dan EV Nissan Leaf, di samping beberapa pelancaran model baharu iaitu crossover Nissan Qashqai, MPV 7 tempat duduk Serena e-POWER Prestige dan Note e-POWER Adventure Series.

Naib Presiden, Unit Perniagaan Pengimport Nissan ASEAN, Nirmal Nair berkata, “Visi jangka panjang Nissan dibina berdasarkan teknologi elektrifikasi dan kepintaran kereta, dengan inovasi kami membolehkan perjalanan yang menarik, yakin dan selamat."

"Kami akan terus mengejar matlamat masyarakat dengan sifar pelepasan, dengan Singapura mendahului  cita-cita elektrifikasi Nissan di ASEAN dengan rangkaian kenderaan elektrik terluas.”

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…
Berita Global
  Nissan sebenarnya telah mendahului Toyota dengan mempertontonkan tiga pikap konsep termasuk…
Berita Global
  Tidak hanya sebagai van komersial, Caravan dibuat sebagai kenderaan penumpang dan aktiviti luar…