Nikola saman Tesla berhubung pelanggaran paten

oleh Mohamad Hanif|
Nikola Motor Co telah memfailkan tuntutan mahkamah pada hari Selasa terhadap pembuat kereta elektrik Tesla berhubung pelanggaran beberapa paten reka bentuk pada produk Tesla Semi.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Nikola, Tesla Semi dikatakan terlalu menyerupai bentuk trak hidrogen Nikola One dalam beberapa aspek. 
 


Syarikat Nikola mendakwa sebanyak enam paten rekabentuk telah dikeluarkan oleh U.S. Patent and Trademark Office di antara bulan Februari hingga April bagi reka bentuk cermin windscreen, pintu masuk tengah, fuselage, fender, pelekap sisi dan reka bentuk keseluruhan Nikola One. 

Keseluruhan kerugian "yang boleh menyebabkan kekeliruan di antara kedua-dua produk" akibat pelanggaran paten rekaan itu dianggarkan berjumlah US $2 bilion. 

Walaubagaimanapun, wakil daripada Tesla didapati menolak dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak Nikola.

Sumber: Autoblog

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Dua buah trak Kelas Lapan berjenama Kenworth dan syarikat pemula Nikola itu dibekalkan oleh…
Berita Global
Republic Services merupakan syarikat kedua terbesar di Amerika Syarikat dalam menguruskan sisa…
Berita Global
Nikola, sebuah syarikat yang berpengkalan di Arizona mahu dunia tahu bahawa trak pikap elektrik…