Nikola dapat tempahan 2,500 lori sampah elektrik di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi pesaing rapat kepada Tesla di dalam penghasilan trak tugas berat, Nikola dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk membekalkan trak sampah berkuasa elektrik sepenuhnya di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Republic Services merupakan syarikat kedua terbesar di Amerika Syarikat dalam menguruskan sisa buangan dan dilaporkan telah membeli unit awalan sebanyak 2,500 unit lori sampah dengan kemungkinan pembelian kedua berjumlah sebanyak 2,500 unit lagi dalam tempoh terdekat.

Menurut Nikola, lori sampah berkuasa elektrik itu bakal mempunyai angka output yang dihadkan secara elektronik 1,000 kuasa kuda serta bakal didatangkan dalam konfigurasi side-loading dan front-loading.

Pek bateri berkapasiti 720 kWh itu mampu membenarkan jarak operasi sejauh 241 km untuk sekali caj penuh.

Menariknya, Nikola dikatakan akan menyerahkan unit trak yang lengkap dengan badan pengangkut sampah (waste hauling body) terpasang, dan bukan sekadar casis semata-mata seperti yang diamalkan oleh syarikat lori sebelum ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dua buah trak Kelas Lapan berjenama Kenworth dan syarikat pemula Nikola itu dibekalkan oleh…
Berita Global
Nikola, sebuah syarikat yang berpengkalan di Arizona mahu dunia tahu bahawa trak pikap elektrik…
Uncategorized
Menurut Nikola, Tesla Semi dikatakan terlalu menyerupai bentuk trak hidrogen Nikola One dalam…