Satu lagi trak elektrik - Nikola Badger!

oleh HEZERI SAMSURI|
Sejak Elon Musk memperkenalkan konsep trak Tesla yang nampak seperti piramid beroda itu, ramai syarikat kenderaan elektrik (EV) yang lain turut menampilkan konsep-konsep mereka.

Bagi yang mahukan trak EV yang lebih konvensional (bermakna semua masyarakat dunia yang majoriti bukan fanatik Elon), Badger dari Nikola Motor ini mungkin jawapannya.


Nikola, sebuah syarikat yang berpengkalan di Arizona mahu dunia tahu bahawa trak pikap elektrik Badger ini mahu mencabar seterunya seperti Tesla, Hummer dan Rivian.

Diumumkan semalam, trak Badger ini datang dengan dua punca kuasa - bateri sahaja atau dengan sistem sel bahan api (fuel-cell).

 

 

Nikola berkata trak elektrik mereka ini mampu berjalan sejauh 966 km (483 km jika hanya dengan bateri sahaja).

Ia mempunyai kuasa kuda setinggi 906 hp dan daya kilas sebanyak 1,329 Nm - cukup kuat untuk merobohkan beberapa ratus reban ayam.

Untuk menjawab persoalan berkaitan stesen fuel-cell hidrogen yang tidak begitu banyak di US, Nikola berkata ia mempunyai perancangan untuk membina sebanyak 700 stesen hidrogen di seluruh US dan lokasinya akan diumumkan dalam suku pertama tahun ini.

 

 

CEO Nikola, Trevor Milton berkata, beliau sudah menghabiskan banyak masa dan duit untuk menghasilkan teknologi bagi trak trailer dan teknologi itu boleh diturunkan kepada trak pikap ini.

Badger mampu membuat pecutan 0-100kmsj dalam masa 2.9 saat dengan bantuan sistem pelepasan (launch system) yang menggunakan supercapacitor. Ia juga mampu berfungsi seperti normal di kawasan bersalji (bateri selalunya tidak boleh berfungsi lama di kawasan dingin).

Prototaip trak badger ini bakal siap pada hujung tahun 2020. Untuk masa sekarang, semua diminta melelehkan air liur berdasarkan gambar-gambar ini sahaja.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Pelan stimulus coronavirus bernilai 130 billion euro (RM634 billion) yang dilancarkan baru-baru ini…
Berita Domestik
Menurut posting di Facebook Dolovmi Malaysia, penulisnya berkata berita berkaitan kenderaan itu…
Berita Global
Kelibat EV baharu itu dikesan sedang diuji di Vietnam dan seperti model-model Vinfast yang lain, ia…