Nissan uji trak pengangkut kereta berkuasa elektrik di LA

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Amerika Syarikat baru-baru mula menguji penggunaan dua buah trak berkuasa elektrik Kelas Lapan untuk membawa muatan kereta di California.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua buah trak Kelas Lapan berjenama Kenworth dan syarikat pemula Nikola itu dibekalkan oleh syarikat logistik Avant-Garde Auto Logistics LLC, di mana ia akan digunakan untuk membawa kereta-kereta Nissan dari Pelabuhan Los Angeles ke pusat-pusat pengedar berhampiran.
 

Nissan


Menurut Chris Syles, naib presiden Pengurusan Rantaian Bekalan Nissan Amerika Utara berkata, "meneroka penggunaan trak BEV sebagai kenderaan penghantaran baharu merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan kami ke arah neutraliti karbon.

"Dengan menjadi pengguna awal, kami mahu mempamerkan semangat inovatif dan meletakkan diri kami untuk mencapai matlamat jangka panjang bagi pengangkutan sifar emisi.
 

Nissan


Nissan turut bekerjasama dengan rakan logistik Wallenius Wilhlmsen untuk memasang stesen pengecasan berdekatan Pelabuhan Los Angeles, selain merancang untuk menambah bilangan trak elektrik yang akan digunakan di kawasan Los Angeles.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…