Nama Lancer akan dibangkitkan kembali - sebagai crossover

oleh Mohamad Hanif|
Berita ini mungkin sedikit kurang menyenangkan hati peminat susah mati Lancer seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu laporan daripada AutoExpress UK menyebut, pihak Mitsubishi sendiri sedang berusaha untuk mengembalikan nama Lancer yang terkubur itu di dalam bentuk yang terbaru iaitu crossover.

Bercakap mengenai strategi masa depan Mitsubishi, ketua pegawai operasi Mitsubishi, Briton Trevor Mann berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menggantikan kesemua model SUV (ASX, Outlander) dan trak pikap Triton dan dalam masa yang sama mereka turut mahukan model baru Pajero dan Lancer. 

Menurutnya lagi, walaupun secara globalnya pasaran segmen C yang semakin mengecil, akan tetapi pasaran China masih kukuh dan terus berkembang dengan pesat. 

"Oleh kerana pasaran (segmen C) ini terlalu besar, kami akan melihat potensi yang ada dengan (pembangunan) Lancer terbaru ini," tambah beliau.  
 


Menurut ketua bahagian rekaan Mitsubishi, Tsunehiro Kunimoto, Lancer terbaharu ini besar kemungkinan akan mengambil inspirasi rekaan daripada model konsep e-Evolution (gambar di atas). 

Tambah beliau, rekaan Lancer terbaharu ini tidak semestinya akan mengikut rekaan tradisi sebuah hatchback biasa. 

"Kemungkinan besar (Mitsubishi) akan mereka bentuk hatchback yang berbeza. Kami rasa pemikiran radikal kami (mereka bentuk Lancer baru) ini adalah salah satu cara bagi mengekalkan keaslian yang merupakan sebahagian daripada falsafah rekaan Mitsubishi," ujar beliau mengakhiri temubual.

Pembangunan Lancer generasi terbaru itu bakal menggunakan platform CMF jenis C ataupun D rekaan bersama Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi yang terbaru.

Penggunaan platform tersebut memungkinkan potensi penggabungan ciri pacuan semua roda dan adaptasi sistem hibrid Mitsubishi ke dalam model crossover tersebut. 

Sumber: AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…