Motosikal hilang imbangan di jambatan gantung, dua kanak-kanak disyaki lemas

oleh SALINA JALIL|
Dua beradik dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai apabila motosikal ditunggang ibu mereka hilang imbangan ketika melalui jambatan gantung Kampung Rekoh, Rompin, semalam.


Pemangku Ketua Balai Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi mangsa, Dhenis Maulida Puteri Masari, tujuh tahun serta adiknya Puteri Ramadhania Azzahra yang berumur tiga tahun sedang membonceng motosikal yang ditunggang ibu mereka.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

 

"Semasa kejadian ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Liswati, 37, sedang dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Keratong Satu ke rumah mereka di ladang Peetih, di Rompin.

 

"Apabila sampai ke tempat kejadian motosikal berkenaan hilang imbangan dan tumbang di atas jambatan, pada masa sama kedua-dua mangsa terjatuh ke dalam sungai," katanya.

 

Beliau berkata, polis yang menerima panggilan kira-kira pukul 11.20 pagi bergegas ke tempat kejadian sebelum operasi pencarian digerakkan membabitkan pelbagai agensi bermula 12 tengah hari.

 

Katanya, operasi disertai 30 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihentikan pada jam 6 petang.

 

"Mangsa tidak ditemui hari ini dan operasi mencari dan menyelamat akan disambung esok," katanya.

 

Beliau berkata, difahamkan motosikal yang ditunggang mereka dikatakan hilang imbangan kira-kira lima meter lagi hendak sampai ke tebing menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh, dan dua mangsa yang masih kecil terus terjerumus ke dalam sungai.

 

Katanya, terdapat jaring yang dipasang pada kiri dan kanan jambatan gantung itu tetapi difahamkan akibat kurang penyelenggaran, terdapat lubang besar di beberapa tempat sepanjang jambatan itu.

 

Mohd Isa berkata, jambatan itu sering digunakan penduduk setempat sebagai laluan pintas memandangkan jalan raya agak jauh, dan difahamkan ibu mereka terselamat dalam kejadian itu apabila dia tersangkut di jaring.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Aset Maritim Malaysia Kapal Maritim (KM) Kota Kinabalu yang dalam rutin rondaan telah diatur gerak…
Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar berusia 23…
Berita Domestik
Pasukan bomba dimaklumkan ada seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam laut sedalam 20 meter…