Lori terjunam masuk laut: Pemandu dikhuatiri lemas 

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 33 tahun telah terjunam ke dalam laut ketika mengundur dari jeti pemunggahan arang batu di Jimah Power Plant di Port Dickson awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Hairul Izam Mazelan, pihak beliau menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.53 pagi tadi.

Pasukan bomba dimaklumkan ada seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam laut sedalam 20 meter ketika mengundur lori 5 tan yang dipandunya.

Mangsa ketika itu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan arang batu di Jimah Power Plant.

"Kami sedang menjalankan pencarian mangsa di permukaan air dan akan memulakan penyelaman menggunakan Pasukan Penyelamat Air ketika air surut," kata Hairul.

Agensi lain yang terbabit di dalam misi tersebut ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan juga polis.

Tiga buah bot digunakan, termasuk sebuah bot APMM, bot penyelamat bomba dan sebuah bot "amphibious inflatable" atau ARIB.

*Gambar ihsan bomba

Berita Berkenaan

Berita Global
Pasukan penyelamat The Citrus County Florida bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan…
Berita Global
Seperti yang dilaporkan oleh InsideEVs, Tucson Fire Department di Arizona kini berpeluang untuk…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, suspek…