Tiga individu maut ditemukan lemas dalam MPV di RnR Yong Peng

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto Ihsan Bomba
Tiga individu termasuk seorang wanita warga Myanmar ditemui maut akibat lemas dalam sebuah Perodua Alza di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Yong Peng, arah Selatan, malam tadi.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar berusia 23 hingga 27 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam dalam Perodua Alza.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Penguasa Bomba Kanan II Suhairulair Sarip, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.59 malam.

Beliau berkata "Sebaik tiba, kami mendapati ketiga-tiga mangsa sudah dikeluarkan orang awam yang kebetulan berada di lokasi."

"Semua mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut."

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, setakat ini siasatan awal mendapati kematian tiga warga Myanmar itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Shahrulanuar berkata, "Setakat ini polis buka kertas siasatan sebagai mati mengejut, namun semuanya bergantung kepada laporan bedah siasat yang akan diperoleh kelak."

"Siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemukan pada ketiga-tiga mangsa di lokasi kejadian."

Menurutnya juga, berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya kesemua mereka dalam perjalanan ke Pasir Gudang.

 

Sumber: Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman, berkata, insiden itu…
Berita Global
"Mangsa menghembuskan nafas terakhir selepas dipindahkan ke hospital," ujar NTSC. Menurutnya,…