Motor Image lancar Subaru XV serba baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
subaru XV 2017
Pelancaran Subaru XV 2017
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Motor Image, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di sembilan negara di Asia telah melancarkan generasi kedua Subaru XV, SUV paling popular untuk jenama itu.

Menggantikan generasi XV pertama yang diperkenalkan dalam tahun 2012, XV terbaharu ini menggunakan kerangka berdasarkan Subaru Global Platform yang digunakan pertama kali di dalam model sedan Impreza terkini.

Subaru XV 2017Subaru XV 2017

Menurut Glenn Tan, Pengarah Eksekutif Tan Chong International Ltd, pemilik Motor Image, berkata XV serba baharu ini mempunyai rekabentuk luaran dan dalaman yang menyegarkan.

"Kami yakin ia akan memberikan prestasi yang melebihi jangkaan ramai," kata Tan.

Tan seterusnya menerangkan bahawa untuk pasaran Malaysia, XV generasi kedua ini akan dipasang di kilang Tan Chong di Segambut dalam bulan Disember tahun ini.

"Ia akan mula dijual mungkin pada awal tahun hadapan," sambung Tan.
Sasaran jualan Motor Image untuk XV ini ialah sebanyak 2,500 ke 3,000 unit setahun. 

Glenn Tan

 

Harga sasaran masih belum diumumkan tetapi Careta merasakan ia akan diletakan pada harga yang sama atau mungkin lebih rendah dari RM140,000.

Di bawah ialah apa yang Careta tahu mengenai XV ini.

- Rekabentuk luaran XV nampak lebih "solid" kerana XV ini 37 mm lebih lebar dan nampak lebih rendah walaupun jarak lega bumi masih sama - 220 mm.

- Badan XV 2017 hampir 20 cm lebih panjang. Sedikit sahaja tetapi jarak roda (wheelbase) sebenarnya 30 mm lebih panjang dan ruang lega kaki untuk penumpang belakang kini 26 mm lebih luas.

- Subaru memberikan pilihan skrin sesentuh bersaiz 8-inci yang ada fungsi Apple CarPlay.

Subaru XV 2017 interiorSubaru XV 2017

- Menggunakan kerangka Subaru Global Platform, mengurangkan olengan dan gegaran, menghasilkan pemanduan yang lebih stabil.
- Ratio stereng dijadikan lebih pantas serta titik graviti direndahkan, menjadikan ia lincah tetapi stabil di laluan lurus.

Subaru XV 2017 boot

- Ruang tempat letak barang atau but lebih praktikal kerana lengkung roda belakang lebih kecil.

- Ia mampu memuatkan tiga beg golf walaupun saiz but cuma besar sedikit dari dahulu - 385 liter, lima liter lebih besar.

Subaru XV 2017 engine

- Menggunakan enjin baharu: 2.0-liter boxer tanpa turbo dengan Direct Injection yang menghasilkan 156 PS dan 196Nm.

- Enjin itu juga 12 kg lebih ringan tetapi lebih berkuasa dan juga lebih menjimatkan.

- Transmisi ialah dari jenis Lineartronic CVT yang lebih ringan (7.8 kg) dari unit terdahulu.

- Kerana itu, berat sepenuhnya XV 2017 lebih kurang sama dengan berat dahulu walaupun ia lebih besar.

Subaru XV 2017 gear


- CVT itu juga lengkap datang dengan kawalan tukaran auto-step serta mod manual 7-kelajuan, memberikan kawalan lebih kepada pemandu.

- Sistem Symmetrical All-Wheel Drive (S-AWD) kali ini datang dengan X-Mode yang lebih bagus bagi kawalan pemanduan off-road.

- X-Mode mengoptimasikan kawalan enjin, sistem AWD, brek dan fungsi lain.

- Hill Descent Control pula memungkin XV menuruni cerun tanpa pemandu perlu menyentuh pedal brek dan pendikit. Kelajuan kawalan ialah dalam 10 ke 15 kmsj.

Subaru XV 2017 XMode

- Kelengkapan keselamatan lebih tinggi seperti sistem lampu hadapan High Beam Assist, Steering Responsive Headlights dan Subaru Rear View Detection (tidak semua akan diberikan untuk pasaran Malaysia).

- Subaru juga baharu menerima anugerah tertinggi Grand Prix dalam Japan New Car Assessment Programme (JNCAP) dengan markha tertinggi.

Careta sudah memandu uji secara ringkas Subaru XV ini di Taipei. Nantikan laporan kami.

Subaru XV 2017 interior


 

Subaru XV 2017 drift

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…