MODENAS umum tiga pemenang peraduan MODENAS Global Pulsar Mania

oleh Mohamad Hanif|
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan nama-nama pemenang peraduan "MODENAS Global Pulsar Mania" bersempena dengan ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-62.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berlangsung dari 20 Mei sehingga 31 Ogos 2019, peraduan ini dibuka kepada semua pemilik baharu motosikal Modenas Pulsar NS200 dan RS200 yang didaftarkan dalam tempoh tersebut. 

Peserta perlu memuat naik sekeping gambar paling kreatif bersama motosikal Modenas Pulsar baharu mereka serta diberi peluang untuk memilih salah satu daripada 20 buah negara sebagai lokasi percutian impian. 

 


Tiga pemenang bulanan telah dipilih berdasarkan penyertaan mereka pada bulan Jun, Julai dan Ogos seperti berikut:

Muhammad Asrulnizam Ridzuan, 24 tahun
Asal: Selangor
Pekerjaan: Eksekutif Akaun
Destinasi: Poland

Kamaruzaman Yusof, 47 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pekerjaan: Pegawai IT
Destinasi: Peru

Muhamad Zuhdi Farhan Suhaimi, 27 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pekerjaan: Perunding
Destinasi: Turki

 


Sepanjang tempoh peraduan, sebanyak 829 unit motosikal Modenas Pulsar telah berjaya didaftarkan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Global Pulsar Mania 2019, anda boleh lawati laman web rasmi MODENAS di https: //www.facebook.com/modenas.malaysia/.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…