MODENAS tawar rebat tunai untuk Dominar D400 - kini dari RM12,788

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah melancarkan kempen MODENAS Dominasi Impianmu yang bertujuan untuk membantu para peminat motosikal di Malaysia mencapai impian mereka memiliki motosikal streetbike tersendiri.

Kempen yang bermula dari 2 Mei 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ini menawarkan rebat tunai sebanyak RM1,000 kepada para pembeli Modenas Dominar D400.

Dengan harga jualan bermula dari RM12,788, ia sekaligus menjadikan model 400 cc ini model yang paling mampu milik di dalam segmennya.

Modenas Dominar D400 ini dikuasakan oleh enjin bersesaran 373.3cc sejukan cecair yang mampu menghasilkan 35 PS @ 8,000 rpm serta daya kilas 35 Nm @ 6,500 rpm yang dipadankan dengan kotak gear enam nisbah kelajuan.

Dengan dimensi 2,156 mm x 813 mm x 1,112 mm, Modenas Dominar D400 memiliki jarak antara roda sepanjang 1,453 mm dengan jarak kelegaan tanah 157 mm dan kapasiti tangki bahan api sekitar 13 liter.

Tugas pengendalian diserahkan kepada sistem suspensi jenis teleskopik 43 mm hadapan dan monoshock di belakang boleh laras, serta dibantu dengan penggunaan brek 320 mm omboh berkembar hadapan dan 230 mm omboh tunggal di bahagian belakang.

Modenas Dominar D400 hadir dengan tiga warna, serta jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
Bagai 'Sudah jatuh ditimpa tangga', satu-satunya motosikal miliknya juga tidak dapat digunakan…
Berita Domestik
Pakej Servis MODENAS bermula pada hari ini 18 Mei 2020 dan berlangsung sehingga 31 Julai 2020,…
Berita Domestik
Berikut merupakan pusat servis yang akan dibuka untuk perniagaan: Pusat Servis MODENAS Subang,…