MODENAS tawar pakej servis istimewa sempena Aidilfitri

oleh Mohamad Hanif|
Para pemilik MODENAS kini boleh mendapatkan penjimatan kos penyelenggaraan motosikal mereka melalui Pakej Servis MODENAS Prihatin daripada Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”).

Pakej Servis MODENAS bermula pada hari ini 18 Mei 2020 dan berlangsung sehingga 31 Julai 2020, menawarkan diskaun ke atas alat-alat ganti yang terpilih, caj buruh dan banyak lagi.

Tawaran ini akan terdapat di pusat-pusat servis MODENAS yang terpilih di seluruh negara.

Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS berkata kesemua pemilik kapcai, skuter, ‘street bike’ dan ‘touring bike’ MODENAS akan dapat menikmati faedah yang maksima pada harga yang sangat mampu milik di bawah Pakej Servis MODENAS Prihatin ini.

 


“Walaupun kita tidak akan merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman pada Hari Raya nanti, itu tidak bermaksud kita tidak perlu menjaga dan menyelenggara motosikal kita. Sebagai penghargaan kepada para pelanggan kami dan sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab,  Pakej Servis MODENAS Prihatin disediakan dengan menawarkan nilai yang hebat kepada para pelanggan yang ingin memastikan jentera mereka sentiasa berada dalam keadaan tunggangan yang optimum,” kata Roslan.

Jadi, apa yang ada dalam Pakej Servis MODENAS Prihatin?

Salah satu yang istimewa adalah pemotongan harga sehingga 20% untuk alat-alat ganti terpilih seperti penapis minyak, minyak enjin, alas brek, palam pencucuh dan banyak lagi.

Para pelanggan Pakej Servis MODENAS Prihatin juga akan menerima perkhidmatan percuma seperti pemeriksaan untuk 16 perkara dan pengimbasan ECU untuk semua model yang berkenaan. Model-model yang diliputi dibawah pakej ini adalah Modenas Dominar D400, Modenas Pulsar NS200 dan RS200 serta Modenas V15.

Turut termasuk adalah Modenas Downtown 250, Modenas Elegan 250, Modenas Karisma 125 dan pelbagai varian model Modenas Kriss – Kriss MR1, Kriss MR2 dan Kriss 110.

 


Untuk keselamatan mereka, para pelanggan akan diberikan topeng muka apabila mereka berada di pusat servis, dan kesemua motosikal akan disanitasi sepenuhnya secara percuma.

Pusat-pusat berikut akan menawarkan Pakej Servis MODENAS Prihatin:

  • Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
  • Pusat  Servis MODENAS Ipoh, Perak
  • Pusat  Servis MODENAS Gurun, Kedah
  • Pusat  Servis MODENAS Kuanta, Pahang
  • Pusat  Servis MODENAS Johor Bahru, Johor

Hari Operasi   :     Enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu)
Waktu Operasi:     8.30 pagi hingga 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat)
                              8.30 pagi hingga 1.00 petang (Sabtu)


Pusat-pusat servis yang sah akan tetap melayani pelanggan hanya dengan temu janj untuk memastikan protokol jarak sosial COVID-19 dipatuhi. Para pelanggan MODENAS boleh membuat temu janji secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis.

Selain itu, para pelanggan juga boleh menghantar Mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di 019-570 8135 atau menghubungi pusat servis untuk maklumat lanjut.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
Bagai 'Sudah jatuh ditimpa tangga', satu-satunya motosikal miliknya juga tidak dapat digunakan…
Berita Domestik
Kempen yang bermula dari 2 Mei 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ini menawarkan rebat tunai sebanyak RM1,…
Berita Domestik
Berikut merupakan pusat servis yang akan dibuka untuk perniagaan: Pusat Servis MODENAS Subang,…