Modenas bakal lancar skuter maxi Kymco AK550 dalam masa terdekat?

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Belum sempat kita disejukkan dengan kehadiran jentera 250 cc 4 silinder oleh Modenas minggu lalu, kini berita mengenai kehadiran sebuah model skuter maxi, iaitu Kymco AK550 mula timbul.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Seperti yang diketahui, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah dilantik sebagai pengeluar dan pengedar eksklusif KYMCO di Malaysia sejak 2016, di mana Elegan 250EX merupakan salah satu model yang dijenamakan semula oleh Modenas untuk pasaran tempatan.

2

Menariknya, kehadiran Kymco di Malaysia bakal diteruskan dengan kemunculan skuter maxi AK550 tidak lama lagi, di mana ia telah membuat kemunculan di acara pameran motosikal EICMA tahun lalu bersama varian tertingginya, iaitu AK550 ST.

Menurut sumber rakan media iaitu motomalaya, beberapa pemilik motosikal Modenas Elegan 250EX akan berpeluang menyaksikan Kymco AK550 itu dengan lebih dekat ketika lawatan ke kilang Modenas di Gurun, Kedah nanti.

3

Baru-baru ini juga, skuter maxi itu dilaporkan telah selesai proses VTA Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di mana para peminatnya boleh menantikan kehadiran skuter itu tidak lama lagi.

Dari segi kuasa, AK550 menggunakan nadi 550 cc dua silinder 8 injap yang mampu menghasilkan sehingga 51 HP dan 55 Nm, sekaligus menjadikan AK550 model paling berkuasa dalam segmennya.

 

4

 

Dari segi kelengkapan, ia didatangkan dengan Electronic Throttle System (ETS) tau ride-by-wire yang turut berfungsi untuk mengawal ciri kawalan cengkaman.

Ia juga memiliki ciri cruise control yang membolehkan tunggangan dengan perjalanan jarak jauh lebih mudah.

 

5

 

Meningkatkan lagi ciri modennya, AK550 ST turut dilengkapi dua paparan LCD digital serta TFT di bahagian tengah yang menampilkan sistem navigasi khas Kymco Noodoe dengan fungsi ketersambungan telefon pintar.

Setakat ini, belum ada apa-apa berita rasmi dari pihak EMOS, jadi sama-sama kita nantikan kehadiran pesaing baharu itu dalam segmen skuter maxi kelas pertengahan.

 

Sumber: motomalaya

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…