Modellista tawar pakej aksesori khas untuk Land Cruiser 70 Series di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sah bila kita bercerita tentang kehadiran model baharu di Jepun tanpa diiringi dengan penawaran pelbagai jenis aksesori daripada syarikat penala terkenal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan pelancaran semula model Land Cruiser 70 Series di negara Matahari Terbit, divisyen Customizing & Development Toyota mengumumkan penawaran aksesori original Modellista untuk model SUV off-road retro tersebut.
 

Jaos


Modellista turut bekerjasama dengan jenama barangan off-road terkenal JAOS dengan menawarkan JAOS Selected by Modellista.

Pakej luaran tersebut merangkumi kemasan bampar hadapan, pelindung bahagian bawah depan dan belakang, rak bumbung rata, serta dulang kargo.
 

Jaos


Untuk menjadikan penampilan Land Cruiser 70 Series lebih menarik, Modellista turut menawarkan pakej rim aluminium bersaiz 18 inci dengan kemasan warna gangsa kusam, serta balutan tayar A/T.

Aksesori untuk ruang kabin pula merangkumi komponen seperti kemasan kayu pada papan pemuka, filem tinted Dark Smoke, lampu kabin LED, kusyen tote, serta bolt plet nombor pendaftaran.
 

Jaos


Kesemua pakej aksesori Modellista yang disebutkan tadi dijual dengan julat harga bermula dari 6,050 yen hingga 440,000 yen (RM192 hingga RM13,983).

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, perkara tersebut tidak pernah menjadi batu penghalang bagi penala terkemuka itu untuk terus…
Berita Domestik
Berita baik, Tesla Malaysia kini secara rasmi mengumumkan pembukaan kedai dalam talian yang menjual…
Berita Global
Selain berpotensi untuk meredah laluan-laluan off-road, Suzuki Jimny juga sebenarnya boleh…