Tesla Malaysia lancar kedai aksesori dalam talian untuk Model 3, Model Y

oleh Mohamad Hanif|
Anda seorang pemilik EV Tesla, dan mahu mencari barangan serta aksesori asli yang sesuai untuk dipadankan pada kereta anda?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik, Tesla Malaysia kini secara rasmi mengumumkan pembukaan kedai dalam talian yang menjual pelbagai jenis aksesori untuk Tesla Model 3 dan Model Y.

Antara barangan yang tersenarai termasuklah tirai pelindung cahaya matahari (bermula dari RM380), alas ruang kargo (RM730), plet ambang pintu bercahaya (RM1,170), dulang konsol tengah (RM150), serta pemacu USB 128GB (RM240).
 

tesla


Pemilik Tesla juga boleh memesan kunci berbentuk kad kredit yang dijual pada harga RM170.

Ada juga aksesori gaya hidup yang ditawarkan menerusi laman web tersebut, termasuklah pakaian untuk lelaki dan wanita, tempat penyimpanan minuman (RM130-RM710), selimut (RM710), wisel berbentuk Cybertruck (RM240) dan pengecas peranti pintar berbentuk Supercharger (RM170).

Anda boleh berkunjung ke kedai dalam talian Tesla Malaysia pada link INI.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Harga baharu Model 3 sekarang ialah bermula dari RM181,000 dan Model Y pula ialah dari RM191,000.…
Berita Domestik
Baru-baru ini, Tesla mengumumkan pengembangan rangkaian pengecasan Tesla ke Pulau Pinang dengan dua…
Berita Domestik
Selain daripada pameran barisan model tersebut, pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut…