Aksesori khemah pop-up untuk Suzuki Jimny, dari RM25 ribu sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Jimny generasi keempat telah berjaya membuktikan pakej yang kecil bukanlah penghalang untuk menjadi sebuah model SUV off-road yang berkeupayaan (dan popular!).

Selain berpotensi untuk meredah laluan-laluan off-road, Suzuki Jimny juga sebenarnya boleh diubahsuai menjadi sebuah kereta camper dengan satu penambahan khemah pada bahagian bumbung.
 

Kamado


Khemah pop-up Canotier J3 ini dihasilkan oleh syarikat Jepun Kamado dan mempunyai berat sekitar 45 kg sahaja.

Ia diperbuat daripada bahan neoprene, bahan yang sama digunakan di dalam pembuatan baju hujan yang membolehkan ia menawarkan ciri kalis air serta mempunyai tahap pengekalan haba yang sangat baik, sesuai untuk kegunaan bermalam di tempat yang sejuk.

Cuma kekurangannya, khemah pop-up ini dibataskan dengan dimensi yang agak kecil mengikut dimensi bumbung Jimny tiga pintu.
 

kamado


Dengan ukuran sepanjang 2,100 mm, lebar 1,120 mm dan tinggi 970 mm, khemah pop-up ini, anda mungkin terpaksa berhimpit dengan pasangan semasa tidur bermalam.

Urusan naik dan turun daripada khemah bumbung ini dimudahkan dengan struktur tangga yang boleh dilipat.

Kamado Canotier J3 ini dijual pada harga bermula dari  ¥770,000 (RM25,612) tidak termasuk kos untuk sebuah Suzuki Jimny tiga pintu, dan proses pemasangan hanya boleh dilakukan di Jepun sahaja menurut Kamado.
 

Kamado


Mungkin syarikat ini bakal menghasilkan khemah bumbung yang lebih besar selepas Suzuki selesai melancarkan Jimny lima pintu pada bulan depan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk pasaran Jepun, Modellista menawarkan dua pakej penggayaan yang digelar sebagai Elegant Ice…
Berita Global
Para pembeli Civic Type R kini boleh merujuk senarai harga jualan rasmi yang baharu sahaja…
Berita Global
Seperti contoh, Toyota Sienta 2023 baharu sahaja dilancarkan beberapa hari yang lalu, dan syarikat…