DAMD hasilkan kit badan Little G. untuk Jimny, penampilan lebih ranggi

oleh Mohamad Hanif|
Sudah banyak variasi kit badan yang dihasilkan oleh DAMD untuk SUV off-road kecil Suzuki Jimny.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, perkara tersebut tidak pernah menjadi batu penghalang bagi penala terkemuka itu untuk terus berinovasi demi menyedut wang infiniti daripada para peminat dan pencinta Jimny.
 

Jimny


Kit terbaharu Little G. yang ditawarkan oleh DAMD dilihat mampu mengubah penampilan asal Jimny yang comel itu menjadi sebuah SUV yang sedia untuk menawan laluan off-road.

Kit badan tersebut merangkumi bampar depan yang boleh diintegrasikan kemas dengan fender lebar, diikuti jeriji hadapan dengan penampilan mewah, jaring pelindung lampu utama, lampu membelok pada atas hud berjaring, serta tempat pemijak sisi aluminium.
 

jimny


Di bahagian belakang pula, terdaat bampar yang telah dilebarkan, unit lampu LED dengan fungsi nyalaan sekuential, tangga keluli serta pelindung tayar simpanan yang diperbuat daripada bahan keluli dan kayu.

Pihak DAMD menjual kesemua aksesori di atas (termasuk rim) dengan tanda harga 1,045,000 yen (RM33,005), tidak termasuk dengan kos untuk membeli sebuah Suzuki Jimny.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk tahun 2023, DAMN memperkemaskan lagi penawaran kit badan Little G dengan tiga variasi yang…