Mitsubishi hidupkan kembali operasi Ralliart!!

oleh Mohamad Hanif|
Divisyen sukan permotoran dan penalaan Mitsubishi, Ralliart bakal membuat kemunculan semula selepas 11 tahun direhatkan berdasarkan laporan terbaharu dari Forbes.

Ketika pengumuman pendapatan syarikat di Tokyo baru-baru ini, Mitsubishi mendedahkan subjenama yang terkenal di kalangan para pemilik Wira itu akan dihidupkan kembali bagi memperkukuhkan pengalaman 'Mitsubishi-ness driving' di kalangan para pemilik Mitsubishi.

Menurut CEO Mitsubishi Takao Kato berkata, "kami akan melancarkan beberapa aksesori kustom yang dibuat khas bagi pelanggan yang mahu merasai sendiri pengalaman 'Mitsubishi-ness', serta bercadang untuk memasuki semula sukan permotoran di seluruh dunia.

 


Ralliart Eropah ditubuhkan pada mulanya sebagai Andrew Cowan Motorsports (ACMS) Ltd pada tahun 1983 oleh Andrew Cowan, pemandu yang bersama pasukan Mitsubishi yang memenangi kejuaraan antarabangsa pertama pada tahun 1972.

Sementara Ralliart Australia pula dikendalikan oleh rakan sepasukannya, Doug Stewart pada tahun 1988 dan semenjak daripada itu Ralliart bertanggungjawab terhadap aktiviti sukan permotoran Mitsubishi di peringkat global.

Ralliart juga turut merangkul beberapa kejayaan di dalam sukan rali termasuklah Manufacturers' Championship 1998 di WRC, Drivers' Championship yang dirangkul oleh Tommi Makkinen sebanyak empat kali, serta rekod 12 kejuaraan di Dakar Rally sejak 1982.

Malangnya, disebabkan masalah pengurusan Ralliart menarik diri dari WRC dan Dakar Rally pada tahun 2005, dan mengundurkan diri pada tahun 2010 disebabkan permintaan terhadap aksesori dan peralatan prestasi yang semakin merudum.

 


Semenjak kejayaan besar di WRC pada tahun 2018, Toyota mahu jenama-jenama besar rali suatu ketika dahulu seperti Mitsubishi dan Subaru untuk kembali memperkukuhkan jenama masing-masing.

Ketika bercakap kepada Motorsport.com pada tahun 2018, presiden Toyota, Akio Toyoda berharap agar pada musim kejuaraan yang akan datang (Rally Japan), beliau dapat melihat ketiga-tiga jenama tersebut tampil untuk bersaing sekali lagi pada tahun hadapan.

Menurut beliau, cabaran Toyota menerusi jenama Gazoo Racing adalah untuk menarik kembali minat para penyokong sukan ini yang sebelum ini sudah terbiasa dengan kehadiran Mitsubishi dan Subaru di dalam arena rali.

"Ramai peminat yang mengingati kehadiran Toyota, Subaru dan Mitsubishi dan saya berharap musim kejuaraan akan datang ini, ia bukan sahaja menampilkan kami (Toyota), bahkan ketiga-tiga jenama sekali!" tambah beliau.

 


Berdasarkan slaid persembahan kenderaan futuristik, Mitsubishi mengesahkan kepulangan semula di dalam sukan permotoran pada tahun 2023, dan melihatkan kepada tahap keseriusan Mitsubishi di dalam trenkuasa elektrik dan plug-in hybrid, kita boleh menjangkakan jentera rali akan datang turut hadir dalam penawaran yang serupa.

Menariknya, Mitsubishi Triton bakal menjadi model pertama yang menerima sentuhan daripada Ralliart!

Sumber: Forbes

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua pihak akan memegang kepentingan sebanyak 50-50, di mana syarikat baharu itu akan…
Berita Global
  ek X EV adalah model kenderaan elektrik (EV) baharu dalam siri eK X Mitsubishi. Kereta kecil…
Berita Global
Sedan itu kini membawakan rupa paras yang identikal dengan minivan Staria, di mana bahagian depan…