Mitsubishi bakal hadir dengan model konsep SUV Engelberg Tourer di Geneva

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun Mitsubishi kini mempunyai barisan model SUV yang menarik seperti Eclipse Cross dan Outlander, ia tidak menghalang mereka untuk hadir dengan sebuah lagi model konsep SUV. 

Dinamakan sebagai Engelberg Tourer bersempena nama sebuah resort sukan musim sejuk di Sweeden, model konsep ini bakal menyentuh aspek rekaan styling dan praktikaliti sebuah SUV, selain daripada teknologi generasi baharu dan prestasi EV. 

Merujuk kepada kejayaan yang dikecapi oleh Outlander PHEV, model konsep ini mungkin dilihat sebagai penanda aras baharu yang bakal menjadi pengganti atau model generasi berikutnya. 
 

Sama ada kita suka ataupun tidak dengan bahasa rekaan dynamic shield yang dibawakan oleh Mitsubishi masa kini, rekaan ini diteruskan penggunaannya pada model konsep Engelberg Tourer ini. 

Selain daripada lampu utama yang lebih tajam dan nipis umpama pisau, bahagian hadapan turut menampilkan garisan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk C besar menghiasi front fascia SUV ini.

Rekaan cermin sisi pula digantikan dengan penggunaan kamera, manakala di bahagian bumbung terdapat pemasangan rak dengan enam unit lampu LED. 

Model konsep SUV terbaharu ini bakal ditayangkan secara rasmi di Geneva Motor Show 2019 yang akan berlangsung tidak lama lagi pada bulan Mac. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…