Mitsubishi ASX 2020 dengan imej Dynamic Shield ala Eclipse Cross

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mitsubishi ASX adalah sebuah SUV kompak global yang berada di pasaran sejak tahun 2009. Di kala pengeluar lain sibuk dengan SUV kompak masing-masing, Mitsubishi dengan bersahaja kekal dengan model ini.

Pengedar Mitsubishi tempatan pun kekal yakin dengan ASX melalui pelbagai keluaran edisi khas yang ditawarkan kepada pengguna.

Nampaknya, hayat penjualan ASX bakal berterusan apabila Mitsubishi Motors Corporation (MMC) membawa model yang diperbaharui ke Pameran Kenderaan Antarabangsa Geneva pada Mac depan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024
Mitsubishi ASX 2020

 

ASX bukan calang-calang SUV, sejak dilancarkan pada tahun 2009 sebanyak 1.32 juta unit berjaya dijual di 90 buah negara.

Pasaran terbesar untuk ASX ialah di Amerika Utara (AS dan Kanada), Eropah, Australia dan China. 

ASX adalah model ketiga terlaris MMC dan merupakan kunci kepada strategi global syarikat Jepun itu.

ASX sebelum ini sudah dua kali mengalami perubahan dan model 2020 adalah yang paling besar dilakukan. 

 

Mitsubishi ASX 2020

 

Konsep reka bentuk kali ini adalah berdasarkan Impact and Impulse. Apa yang jelas ia mempamerkan evolusi kepada gayaan Dynamic Shield dan kini sudah sinonim dengan Mitsubishi.

ASX 2020 membawa imej ala Eclipse Cross dan Triton baharu dengan wajah yang menonjol.

Berbeza dengan depan, bahagian belakang masih membawa imej ASX asal. Peralatan yang jelas berubah ialah lampu belakang dengan corak Y dan kombinasi LED. 

Turut berubah ialah bampar corak baharu dengan tambahan skid plate.

Mitsubishi juga menawarkan tiga warna baharu iaitu Red Diamond, Sunshine Orange dan Oak Brown.

 

Mitsubishi ASX 2020

 

Perubahan bahagian dalam melibatkan paparan skrin yang kini berukuran lapan inci berbanding tujuh inci dahulu. Fungsi Smartphone-link Display Audio (SDA) turut dipertingkatkan melalui sambungan lebih canggih.

Video yang disimpan dalam USB kini boleh ditonton pada skrin SDA apabila kenderaan berhenti.

ASX paling premium dilengkapi dengan sistem navigasi Tom Tom. Maklumat trafik dalam waktu sebenar (real time) boleh diperolehi melalui sambungan internet dari telefon pintar.

Pada masa depan, pembeli bakal ditawarkan aplikasi telefon pintar yang mengandungi maklumat meter kelajuan, meter perjalanan, lampu amaran dan informasi lain dari kenderaan. 

Aplikasi ini akan memeriksa baki minyak yang ada dan menawarkan arah ke stesen minyak terdekat dan juga panduan untuk penyelenggaraan optimum dan sela pemeriksaan.

Mitsubishi ASX 2020

Untuk pasaran Eropah, ASX dilengkapi enjin 2.0L MIVEC yang dipadankan pilihan transmisi lima kelajuan manual atau CVT INVECS-III dengan enam kelajuan mod Sport.

Tidak ketinggalan ialah sistem pacuan 2WD atau 4WD yang merupakan DNA sebuah kenderaan Mitsubishi.

Dari segi keselamatan dan supaya tidak jauh ditinggalkan pesaing lain, Mitsubishi melengkapi ASX 2020 dengan sistem brek Forward Collision Mitigation (FCM).

Keputusan Mitsubishi untuk memperbaharui ASX adalah suatu yang berani. Nampaknya Eclipse Cross bukanlah pengganti kepada ASX dan ia bakal dijual beriringan.

Famili SUV Mitsubishi kini terdiri daripada ASX, Eclipse Cross dan Outlander dan Pajero Sport.

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

 

Mitsubishi Eclipse Cross
Mitsubishi Eclipse Cross

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun sudah berada di Jepun dan Amerika Syarikat, Outlander PHEV baharu masih belum…
Berita Global
Penyelidikan itu merangkumi teknologi asas pelantar kenderaan perisian tertakrif (SDV) atau kereta…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, ia membuktikan bahawa Xpander adalah pilihan…