Millenium Welt dilantik sebagai wakil pengedar BMW Motorrad di Kuantan, Pahang

oleh Mohamad Hanif|
BMW Motorrad Malaysia dan Millennium Welt telah membuka bilik pameran BMW Motorrad yang baharu di fasiliti bilik pameran yang sedia ada di Kuantan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dan penggemar motosikal di Rantau Pantai Timur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Millennium Welt telah dilantik oleh BMW Group Malaysia sebagai wakil pengedarnya yang terbaharu bagi jenama BMW Motorrad di Kuantan serta bagi Rantau Pantai Timur Semenanjung Malaysia, pada bulan Julai tahun ini.
 


Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Rantau Pantai Timur mempunyai potensi pertumbuhan yang baik bagi jenama BMW Motorrad, dan Millennium Welt merupakan rakan kongsi yang penting bagi syarikat kami untuk memperkukuhkan kedudukan di rantau tersebut. 

"Dengan lebih daripada 800 unit motosikal yang berjaya diserahkan sehingga tarikh terkini bagi tahun 2018, ia mencatatkan pertumbuhan melebihi 24% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas, kami berada di landasan yang tepat untuk melakar pencapaian yang lebih baik menjelang akhir tahun," ujar beliau.

Penyerahan unit kenderaan secara global pada tahun lepas bagi rangkaian kenderaan BMW Motorrad telah meningkat sebanyak 13.2%, dengan catatan penyerahan yang berjumlah 164,153 unit kenderaan di seluruh dunia. Kadar pertumbuhan tersebut juga dicerminkan di Malaysia, dengan penyerahan 1,052 unit motosikal yang melakar pertumbuhan sebanyak 5% dalam prestasi jualan jika dibandingkan dengan tahun lepas.
 


Berkenaan dengan tarikan unik BMW Motorrad bagi penggemar motosikal di rantau ini, En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia berkata, “Rantau Pantai Timur terdiri daripada kawasan-kawasan yang mempesonakan, dan ia menjadikannya tempat yang sesuai untuk disusuri oleh penunggang motosikal. Dengan jentera BMW Motorrad, perjalanan anda bukan sahaja berpaksikan destinasi semata-mata, bahkan, ia dapat memberikan suntikan semangat baharu untuk menghidupkan keterujaan yang anda dapat alami sepanjang perjalanan anda.”

En. Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt Group of Companies berkata, “Dengan pembukaan bilik pameran BMW Motorrad baharu ini, kami komited untuk menyampaikan pengalaman premium yang ditawarkan oleh BMW kepada penggemar motosikal di rantau ini. 

"Sejak pelantikan kami sebagai wakil pengedar jenama ini pada bulan Julai yang lalu, kami berpeluang untuk menyaksikan dan merasai sokongan daripada pelanggan-pelanggan yang teruja untuk menghidupkan semangat “Make Life A Ride”, yang juga memberi motivasi kepada kami untuk terus berkhidmat dengan lebih baik bagi pelanggan-pelanggan kami.”
 


Selain daripada jentera BMW Motorrad, Millennium Welt Kuantan juga menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang merangkumi model-model BMW dan ‘MINI Service’. 

Wakil pengedar ini beroperasi di dalam fasiliti bilik pameran yang bersaiz 28,000 kaki persegi, ia boleh memuatkan sebanyak lapan motosikal BMW Motorrad dan lima kenderaan BMW untuk tujuan pameran. 

Bilik pameran ini terletak di 32, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang.
 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Acara pameran istimewa BMW Malaysia tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.  …
Sukan Bermotor
Mengambil tempat di Putrajaya, cabaran itu telah diadakan selama 2 hari bermula 23 hingga 24…
Berita Domestik
Ia menyaksikan pencapaian terbaharunya, di mana angka tersebut telah mengatasi jumlah jualan…