R 18 ROCTANE BAHARU BAKAL DIPAMERKAN DI PAMERAN BMW PREMIUM SELECTION 2024

oleh Firdaus Razani|
BMW Motorrad Malaysia akan memperkenalkan model Heritage terbaharunya iaitu, BMW R 18 Roctane di pameran BMW Premium Selection (BPS) 2024 yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 Mac ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara pameran istimewa BMW Malaysia tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

 

bmw

BMW R 18 Roctane merupakan edisi kelima dalam rangkaian R 18, dengan gabungan segar elemen reka bentuk klasik dan teknologi penunggangan kontemporari yang dipertingkatkan.

Ia diinspirasikan daripada model ikonik BMW seperti BMW R 5 yang menekankan elemen seperti teknologi asas dan tanpa sebarang tambahan pada enjin boxer, yang menjadi nadi keseronokan  menunggang BMW Motorrad.

R 18 Roctane dinadikan dengan enjin boxer dua silinder 1802 cc yang memberikan kuasa output sehingga 91hp pada 4,750 rpm dan tork 150 Nm.

 

R 18

 

Gabungan ini bertujuan mencipta pengalaman penunggangan yang unik dan diserlahkan lagi oleh elemen reka bentuk yang teliti, termasuk bahagian belakang yang direka rapi untuk aerodinamik yang optimum.

Pada bahagian Casis BMW R 18 Roctane baharu ini, ia dibina menggunakan rangka keluli tiub dua gelung, iaitu ciri reka bentuk tradisi BMW Motorrad, yang memperlihatkan perincian kimpalan yang berkualiti.

Sama seperti BMW R 5, ia hadir dengan swing arm belakang menutup gandar belakang dengan kemasan klasik, sekaligus mendekatkan lagi motosikal ini dengan warisannya.

 

R 18 roctane

 

Ia turut hadir dengan ciri bantuan penunggangan dalam bentuk Kawalan Kestabilan Automatik (ASC), bersama dengan tiga mod tunggangan standard iaitu Rock, Roll dan Rain.

Selain itu, ciri pilihan motosikal ini adalah lampu adaptif LED baharu, Lampu Hadapan Pro, Bantuan Gear Undur, Lampu Penunggangan Siang, Kawalan Luncur dan Penutup Pengisi Bahan Api Boleh Kunci.

BMW R 18 Roctane hadir dalam dua pilihan warna iaitu Mineral Grey Metallic serta Manhattan Metallic Matt, dan harga anggaran untuk model baharu ini adalah RM160,000.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Mengambil tempat di Putrajaya, cabaran itu telah diadakan selama 2 hari bermula 23 hingga 24…
Berita Domestik
Ia menyaksikan pencapaian terbaharunya, di mana angka tersebut telah mengatasi jumlah jualan…
Model Terbaharu
Dari segi kuasa, ia dilengkapi nadi empat silinder sebaris 999 cc yang menghasilkan 212 HP pada 15,…