BMW Group Malaysia teraju segmen EV premium, catat 1,600 unit jualan dalam tempoh 8 bulan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Group Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pencapaiannya sebagai pembekal EV premium nombor satu di Malaysia, dengan mencatatkan 1,600 unit angka jualan merangkumi EV BMW, MINI dan BMW Motorrad dalam tempoh lapan bulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia menyaksikan pencapaian terbaharunya, di mana angka tersebut telah mengatasi jumlah jualan keseluruhan EV BMW dan MINI pada tahun 2022 iaitu 1,557 unit.

Pencapaian itu selaras dengan komitmen “Sheer Electric Driving Pleasure”, di mana BMW Group Malaysia turut kekal sebagai jenama pengeluar kereta premium nombor satu di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “Menunjangi visi kami ke atas Alaf Elektrik Baharu ialah komitmen terhadap pengelektrifikasian yang membidik untuk mencorak semula alaf mobiliti masa hadapan, di mana kelestarian, kemewahan, dan inovasi disulam bersama.”

 

2

 

“Dalam sebuah era yang berada di ambang transformasi, kami teruja untuk megetuai usaha anjakan elektrifikasi di Malaysia – dibantu dengan dukungan daripada para pelanggan, wakil pengedar, dan rakan-rakan kongsi kami.”

“Pencapaian ini mengiktiraf kedudukan kami, bukan sahaja dalam segmen EV premium tapi juga seluruh ekosistem EV di negara ini.”

Meningkatkan langkahnya ke arah elektrifikasi, turut meluaskan kerjasama strategik bersama Gentari melalui subsidiari milik penuhnya Gentari Green Mobility Sdn Bhd, bagi memudahkan dan meluaskan akses pengecasan EV.

Melalui kejayaan Gentari dalam meluaskan infrastruktur pengecasan EV di seluruh negara sejak tahun lalu, kedua-dua organisasi ini kini memberi nafas kepada Charge Go.

 

3

 

Di mana Charge Go merupakan sebuah perkhidmatan pengecasan EV mudah alih yang dapat membekalkan kemudahan pengecasan pantas DC di mana-mana lokasi tidak mengira masa.

Bagi meraikan kejayaannya, BMW Group Malaysia turut bekerjasama dengan ChargEV di samping JomCharge dan Gentari untuk menawarkan pakej-pakej pengecasan tanpa had yang eksklusif buat para pemilik EV BMW dan MINI di Malaysia.

Bermuda 1 Oktober hingga 31 Disember 2023, 200 pemilik EV BMW dan MINI terawal yang membuat
pendaftaran berpeluang membeli pakej-pakej tersebut pada harga RM2,400 dan RM1,800 daripada mana-mana pembekal pengecasan tersebut.

Pakej itu menawarkan pengecasan tanpa had di semua fasiliti ChargEV atau JomCharge dan Gentari di seluruh negara selama 12 bulan setelah diaktifkan dan hanya boleh digunakan untuk EV yang didaftarkan.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…