BMW Motorrad GS Challenge 2023 serlahkan bakat off-road para pemilik GS Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan acara BMW Motorrad GS Challenge 2023, di mana para pemilik GS turut bersaing merebut peluang untuk mengambil bahagian dalam jelajah International GS Trophy Tour 2024 di Namibia.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Mengambil tempat di Putrajaya, cabaran itu telah diadakan selama 2 hari bermula 23 hingga 24 September lepas, di mana ia telah menghimpunkan 180 pengunjung bagi menyaksikan kemahiran off-road para penunggang GS tempatan.

 

2

 

Acara selama dua hari itu menampilkan pelbagai aktiviti bagi menguji kemahiran menunggang dan menavigasi merentasi beberapa cabaran off-road yang unik, di samping liku ‘Follow the Trails’ yang mengujakan buat para pemilik BMW G 310 GS.

Hari pertama menyaksikan sepuluh Penunggang Terbaik dipilih untuk mara ke pusingan seterusnya pada hari kedua, bagi merebut peluang untuk menyertai jelajah ‘Follow the Trails’ (FTT) International BMW GS Trophy di Namibia pada tahun 2024.

 

3

 

10 Finalis tersebut juga telah menerima hadiah-hadiah eksklusif ihsan penaja tayar rasmi iaitu Metzeler, di mana pada hari kedua 5 finalis telah berjaya memenangi peluang untuk menyertai jelajah di Nambia.

Berikut merupakan 5 pemenang tersebut:

  • Asmawi Bin Ali
  • Diwaagar A/L Tambychandran
  • Affendy Syed Omar
  • Zulkifli Bin Zainal Abidin
  • Azlan Shah Bin Ahmad Suhaimi

 

4

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia menyaksikan pencapaian terbaharunya, di mana angka tersebut telah mengatasi jumlah jualan…
Model Terbaharu
Dari segi kuasa, ia dilengkapi nadi empat silinder sebaris 999 cc yang menghasilkan 212 HP pada 15,…
Pelancaran
Daripada 1,923 unit sahaja yang dihasilkan untuk satu dunia, 10 unit disediakan secara eksklusif…