MForce jamin model QJMotor SRK600, SRT800 ikut spesifikasi telah ditetapkan

oleh Mohamad Hanif|
MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi motosikal berjenama QJMotor di Malaysia menjamin dua model motosikal yang dilancarkan sebelum ini (SRK600 dan SRT800) akan mengikut spesifikasi standard yang dikeluarkan oleh QJMotor, termasuklah sistem brek dan suspensi yang digunakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, spesifikasi motosikal yang dikeluarkan akan mengalami sedikit perbezaan berbanding apa yang dimaklumkan semasa pelancarannya sebelum ini.

Walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi komponen, ia tidak menjejaskan prestasi atau kualiti motosikal tersebut.
 

SRK600


QJMotor SRK600 merupakan sebuah motosikal naked yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 80.5 hp @ 11,000 rpm dan daya kilas 55 Nm @ 8,000 rpm.

Menggunakan rangka trellis yang lebih ringan, aspek pengendalian SRK600 ini dibantu oleh penggunaan fork hadapan jenis teleskopik terbaik Marzocchi diikuti dengan lengan ayun dan penyerap hentak KYB di bahagian belakang, sementara sistem brek pula didatangkan dengan angkup Brembo dan ABS dua saluran.
 

SRT800


Sementara motosikal touring QJMotor SRT800 pula dikuasakan oleh enjin 2 silinder 754 cc yang mampu menjana kuasa maksimum 75.1 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 67 Nm @ 6,500 rpm.

SRT800 hadir dengan sistem suspensi depan jenis terbalik, diikuti dengan lengan ayun yang menawarkan pengendalian tunggangan yang baik, dibantu dengan sistem brek cakera depan dan belakang, angkup brek Brembo serta sistem brek anti-kunci ABS dua saluran.

Harga jualan QJMotor SRK600 bermula dari RM35,888, sementara SRT800 pula dijual pada harga RM39,888 atau RM42,888 untuk versi X.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dengan reka bentuk dan elemen retro klasik, LTR150 didatangkan dengan warna pilihan yang mengikut…
Pelancaran Motosikal
Perincian mengenai kuasa enjin SM125i ini, ia didatangkan dengan sesaran enjin 123.7cc , silinder…
Pelancaran Motosikal
Perincian mengenai kuasa enjin, model RT1 didatangkan dengan sesaran enjin 149.3, silinder tunggal…