Dengan reka bentuk dan elemen retro klasik, LTR150 didatangkan dengan warna pilihan yang mengikut tema skuter ini, iaitu Lime Creme, Sky Blue, Mint Green dan Carnation.

QJMotor LTR150 ini didatangkan dengan sesaran enjin 149cc silinder tunggal, SOHC yang menjana kuasa maksimum 16hp @ 8,500rpm dan menghasilkan tork 14.8Nm @ 6,500rpm dipadankan dengan transmisi CVT.

Skuter ini didatangkan dengan rim bersaiz 12 inci hadapan dan belakang serta menggunakan sistem brek cakera di hadapan dan belakang yang dilengkapkan dengan ciri keselamatan ABS dwi-saluran.
Walaupun menggunakan tema retro, LTR150 ini hadir dengan ciri moden seperti menggunakan panel instrumen digital, lampu LED penuh pada lampu hadapan, lampu belakang dan lampu penunjuk arah.

Selain itu, ia turut hadir dengan ciri lampu kecemasan dan butang idle stop yang mampu menjimatkan penggunaan bahan api ketika berhenti di lampu isyarat.
LTR150 turut memiliki ruang simpanan tempat duduk yang luas dan ruang simpanan bahagian hadapan yang disertakan sekali dengan port pengecas USB.

Kapasiti tangki bahan api QJMotor adalah seluas 6.5 liter yang membuatkan penunggang dapat menikmati perjalanan tanpa keras lakukan pengisian minyak.
Pada setiap pembelian model ini, pembeli dapat menikmati jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (yang mana tiba dahulu).

Harga jualan QJMotor LTR150 ini adalah bermula daripada RM8,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.