MFORCE LANCARKAN SKUTER 150CC, WMOTO RT1 - HARGA BERMULA RM9,888

oleh Firdaus Razani|
Sebelum ini Mforce telah melancarkan sebuah skuter 250cc jenama WMOTO, WMOTO RT2, kali ini, Mforce sekali lagi melancarkan model skuter terbaharu jenama WMOTO dengan enjin 150cc iaitu WMOTO RT1.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Perincian mengenai kuasa enjin, model RT1 didatangkan dengan sesaran enjin 149.3, silinder tunggal yang mampu menjana kuasa maksimum 15.4hp pada 8,000rpm dan tork maksimum 14.5Nm pada 6,750rpm.

 

RT1

 

WMOTO RT1 merupakan model skuter 150cc pertama di pasaran dilengkapi Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan panel meter jenis TFT yang menjadi nilai eksklusif model ini.

 

RT1

 

Sistem TCS berfungsi untuk menjamin keselamatan penunggang untuk mencegah tayar motosikal dari tergelinci terutamanya ketika menunggang atas jalanraya yang licin akibat hujan.

 

rt1

 

Tambahan lagi, model ini turut dilengkapi sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan sistem pencahayaan LED penuh pada lampu hadapan dan juga belakang.

 

RT1

 

Ciri-ciri yang menarik pada model RT1 ini, sama seperti RT2 dan RT3, model ini ini didatangkan kamera papan pemuka hadapan dengan kualiti setinggi 1080p untuk merekodkan perjalanan dengan lebih jelas.

 

RT1

 

Terdapat tiga warna pilihan iaitu Enchanting Blue, Mystique Black dan Dazzling Grey. Harga jualan bermula dari RM9,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

RT1RT1RT1

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dengan reka bentuk dan elemen retro klasik, LTR150 didatangkan dengan warna pilihan yang mengikut…
Pelancaran Motosikal
Perincian mengenai kuasa enjin SM125i ini, ia didatangkan dengan sesaran enjin 123.7cc , silinder…
Berita Domestik
MBP Moto telah diasaskan pada tahun 2022 oleh Keeway Motor Group, di mana mereka telah bertapak di…