MFORCE LANCARKAN KAPCAI MAMPU MILIK, WMOTO SM125i - HARGA BERMULA RM5,888

oleh Firdaus Razani|
Mforce sentiasa komited untuk menghasilkan sebuah produk yang mampu milik untuk pasaran Malaysia, oleh itu, Mforce melancarkan sebuah motosikal kapcai WMOTO, iaitu WMOTO SM125i.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Perincian mengenai kuasa enjin SM125i ini, ia didatangkan dengan sesaran enjin 123.7cc , silinder tunggal yang mampu menjana kuasa maksimum 7.7hp pada 8,000rpm dan tork maksimum 8.5Nm pada 6,000rpm.

 

SM125i

 

Motosikal ini dilengkapi dengan suspensi jenis teleskopik di bahagian hadapan, manakala di belakang terdapat dua penyerap hentak dan tayar hadapan dilengkapi dengan brek cakera manakala belakang menggunakan jenis dram.

 

SM125i

 

Walaupun dengan konsep motosikal ekonomi, WMOTO SM125i menggunakan panel meter pelbagai warna dan dilengkapi dengan lampu LED penuh pada lampu hadapan, lampu penunjuk arah dan juga lampu belakang.

 

SM125i

 

Selain itu juga, model ini turut menyediakan kemudahan untuk penunggang seperti sistem kunci anti kecurian, soket pengecas dan juga ruang simpanan bawah tempat duduk yang cukup untuk menyimpan barangan.

 

SM125i

 

Terdapat tiga warna pilihan iaitu Radiant Yellow, Luminous Blue dan juga Blazing Red. Harga jualan bermula dari RM5,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

 

SM125iSM125iSM125i

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dengan reka bentuk dan elemen retro klasik, LTR150 didatangkan dengan warna pilihan yang mengikut…
Pelancaran Motosikal
Perincian mengenai kuasa enjin, model RT1 didatangkan dengan sesaran enjin 149.3, silinder tunggal…
Berita Domestik
MBP Moto telah diasaskan pada tahun 2022 oleh Keeway Motor Group, di mana mereka telah bertapak di…