Mercedes-AMG F1 W11 ada rahsia lain selain sistem stereng dua paksi... (Jeng jeng jeng..)

oleh Mohamad Hanif|
Sistem stereng inovatif dua paksi (dual axis steering, DAS) yang digunakan pada jentera F1 Mercedes F11 sememangnya satu sistem yang sangat bijak membolehkan jentera lumba memiliki pengendalian yang baik untuk kedua-dua jalan lurus mahupun selekoh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun ia bukanlah satu perkara terbaik yang terdapat pada Mercedes W11, ini kerana sistem suspensi belakang kereta lumba itu sebenarnya lebih impresif berbanding sistem stereng DAS, menurut Pengarah Teknikal Mercedes, James Allison.

James menyifatkan sistem suspensi belakang W11 sebagai "extremely adventurous", di mana Mercedes telah menggunakan geometri baharu yang memberikan lebih banyak peluang aerodinamik, sekaligus membenarkan lebih daya turun (downforce) dijana terhadap kereta.

 

struktur suspensi Mercedes-AMG W11


Apa yang dilakukan oleh Mercedes sebenarnya adalah mengalihkan komponen lower wishbone suspensi ke belakang sejauh yang mungkin, bagi membuka lebih banyak ruang yang membenarkan aliran udara bergerak dan meningkatkan prestasi diffuser.

Dalam proses mewujudkan kawasan bertekanan rendah pada bahagian bawah lantai, diffuser akan mempercepatkan aliran udara ke seluruh kawasan bawah lantai, di mana semakin cepat aliran udara bergerak, lebih banyak daya turun dijana.

Namun, apa pula kaitannya dengan aliran udara di atas diffuser?

Semakin kuat aliran udara tercipta di bahagian bawah jentera, lebih besar perbezaan tekanan udara yang terdapat pada atas badan dan bawah badan jentera, dan lebih kuat pula udara akan 'ditekan' ke lantai menerusi peranan diffuser itu tadi.

 

struktur suspensi Mercedes-AMG W10


Dengan mengalihkan komponen lower wishbone jauh ke belakang, ia telah mencipta satu ruang yang sangat berharga di kawasan yang sepatutnya sesak dan sangat kuat secara aerodinamik pada kereta.

Jadi, kesan daripada inovasi tersebut, peningkatan terhadap daya turun sepatutnya lebih ketara.

Namun, akibat daripada peralihan posisi komponen lower wishbone itu ia akan menyebabkan sudut antara lengan hadapan dan belakang suspensi menjadi lebih sempit berbanding tetapan terdahulu, di mana struktur kaki hadapan dipasang pada bahagian belakang kotak gear, manakala kaki belakang pula dipasang pada struktur remuk (crash structure) jentera tersebut.

Sudut yang sempit ini sebenarnya mendatangkan masalah, di mana untuk menjadikan pendakap wishbone terhadap kotak gear lebih kuat dengan sudut yang sempit, ia perlu lebih berat berbanding struktur biasa.

Satu lagi masalah yang berpotensi kesan daripada sudut yang sempit ini adalah lebih banyak beban yang disalurkan terhadap kotak gear, terutama ketika pemanduan diatas struktur kerbs di litar lumba.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…