Rahsia di sebalik stereng baharu jentera F1 Mercedes-AMG - 'Dual Axis Steering'

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu sesi ujian pra-musim, jentera yang dipandu oleh Lewis Hamilton dilihat memiliki satu teknologi yang amat menarik - Dual Axis Steering atau ringkasnya DAS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa itu DAS?

Berdasarkan pencarian ringkas di internet, DAS merupakan satu sistem yang membenarkan pemandu mengubah sudut toe atau sudut jajaran roda relatif kepada arah garisan lurus sesebuah kenderaan. 

Secara asasnya, jentera F1 sering kali mempunyai tetapan toe keluar yang membawa maksud, arah tayar hadapan terkeluar sedikit ketika bergerak di dalam garis lurus. 

Tetapan ini membolehkan jentera memiliki pengendalian yang baik terutama di litar yang mempunyai banyak selekoh, namun ia tidak begitu berkesan apabila litar tersebut mempunyai banyak garisan yang lurus. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FORMULA 1® (@f1) on


Jadi, disinilah kegunaan sebenar DAS ke dalam stereng jentera F1 yang membolehkan pemandu mengubah tetapan toe keluar/masuk tadi mengikut keperluan, dan ini ditunjukkan menerusi satu rakaman ketika sesi ujian pra-musim di Barcelona. 

Sudut toe ini sebenarnya memberikan impak terhadap kadar kelusuhan tayar dan paling penting adalah kestabilan ketika mengambil selekoh, di mana bahagian dalam tayar kebiasaannya bergerak dalam satu jarak yang lebih pendek berbanding bahagian luar tayar. 

Jadi, kegunaan toe out adalah untuk memastikan kedua-dua belah luar dan dalam tayar digunakan sebaiknya untuk kadar cengkaman yang lebih berkesan, sekaligus memberikan kelajuan yang pantas dan stabil di selekoh. 

Namun jika ia kekal dengan tetapan yang sama (toe keluar) sepanjang perlumbaan, ia akan memberikan kadar kelusuhan yang tidak sekata kepada tayar. 
 

kredit: Top Gear PH

Penggunaan sistem DAS ini juga merupakan ruang lompong yang disedari oleh jurutera pasukan Mercedes-AMG bagi memberikan kelebihan kepada Lewis Hamilton pada musim ini. 

Menurut pengarah teknikal Mercedes, James Allison berkata, beliau berharap sistem ini mampu memberikan kelebihan kepada pasukan mereka untuk musim perlumbaan akan datang. 

Namun, anda hanya boleh melihat sistem ini beraksi untuk satu musim sahaja memandangkan Federation Internationale de L’autombile (FIA) telah pun membuat keputusan untuk mengharamkan sistem DAS bermula musim 2021. 

Ini bermakna, Mercedes dibenarkan untuk terus menggunakan sistem DAS ini untuk musim perlumbaan pada tahun ini, dan hal ini telah pun disahkan sendiri oleh FIA dalam satu sidang media. 

Ketika ditanya berkenaan sistem DAS, pengarah perlumbaan FIA Michael Masi mengesahkan sistem stereng DAS Mercedes akan diharamkan bermula 2021. 

 


Sumber: Jalopnik, Formula 1, Fox News
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…