Mercedes-AMG GT Black Series P One Edition - hanya untuk 275 pembeli hypercar AMG One sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Seingat penulis, memang tidak banyak jentera Mercedes-AMG yang menerima layangan warna hijau Petronas, paling diingati adalah model yang dikhususkan untuk pasaran Jepun, Mercedes-AMG A 45 S pada tahun 2014.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dihasilkan dalam 30 unit terhad, model hot hatch tersebut diberikan pakej Petronas Green Edition iaitu layangan warna hijau pada gril hadapan, rim, lampu utama serta cermin sisi. 

Menerusi satu laporan daripada Mercedes-Fans, Mercedes-AMG bakal menawarkan pakej warna hijau yang serupa menerusi model Mercedes-AMG GT Black Series P One Edition.
 


Kenapa P One Edition? 

Ini kerana model edisi terhad ini hanya dikhususkan untuk 275 orang pembeli model hypercar Project One yang menampilkan enjin F1 itu. 

Penampilan luaran jentera AMG GT Black Series ini banyak mengambil inspirasi daripada jentera F1 2019 Mercedes-AMG F1 W10 EQ Power+ dengan liveri dua tona, serta elemen hijau Petronas. 

Ruang kabin juga turut menampilkan penggunaan warna hijau yang serupa pada beberapa bahagian seperti tempat duduk bucket, serta papan pemuka. 
 


Difahamkan, harga jualan Mercedes-AMG GT Black Series P One Edition bakal menelan kos tambahan €50,000 (RM244,881) terhadap harga AMG GT Black Series yang masih belum diumumkan pada ketika ini. 

Harga tersebut mungkin kedengaran agak mahal, akan tetapi ia bukanlah satu masalah buat rata-rata pembeli Mercedes-AMG One memandangkan harga hypercar itu sendiri bernilai £2.4 juta (RM13 juta). 

Projek Mercedes-AMG One telah pun diumumkan pada 11 September 2017, namun disebabkan masalah tertentu seperti regulasi pelepasan emisi dan bunyi, para pembeli hanya akan menerima unit masing-masing pada tahun hadapan. 

Ia membawakan enjin sebenar Formula One berkapasiti 1.6 liter bentangan V6 dan dengan bantuan empat motor elektrik, AMG One mampu menjana kuasa sehingga 1,231 hp. 
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…