26 tuduhan rasuah, Menteri Pengangkutan Singapura letak jawatan

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Reuters
Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran didakwa di mahkamah atas beberapa tuduhan termasuk menerima rasuah dan menerima ganjaran sebagai seorang penjawat awam.

CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam, dua kes rasuah, serta satu tuduhan kerana menghalang undang-undang.

Menteri tersebut turut dituduh mendapatkan tiket masuk ke Grand Prix Singapura, perlawanan bola sepak dan pertunjukan di UK daripada Ong Beng Seng, salah seorang taikun terkaya di negara itu.

Menurut laporan CNBC, Iswaran telah mendapatkan sebanyak 116 tiket masuk ke GP Singapura antara tahun 2016 dan 2022, dengan nilai berjumlah S$347,152.10 (RM1.2 juta).
 

gp


Ong Beng Seng merupakan insan yang bertanggungjawab memperkenalkan kembali sukan Formula 1 ke Singapura pada tahun 2008.

Pada tahun 2002, beliau telah memperoleh hak untuk menganjurkan GP Singapura sehingga tahun 2028.

Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) sebelum ini telah menahan Ong Beng Seng pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan.

Sementara itu, pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura mengumumkan perletakan jawatan S Iswaran sebagai Menteri Pengangkutan pada Selasa lepas.

Berita penuh: CNBC, CNA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kerajaan komited memastikan majoriti jawatan dalam…
Berita Domestik
"Buat masa ini, tidak. Saya berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Penerbangan Malaysia…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata rangka plat khas itu akan dikeluarkan oleh pengeluar…