Mazda3 TCR - jentera lumba yang seksi dan jahat!

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat Mazda3 Liftback, bergembiralah kerana ada insan di sebalik Mazda sudah berjaya menunaikan hasrat dan permintaan anda sebelum ini dengan sebuah jentera lumba - Mazda3 TCR!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun bukan dalam bentuk yang kita semua impikan - Mazda3 MPS - akan tetapi ia adalah manifestasi permintaan para peminat Mazda bagi melihat sebuah Mazda3 yang jauh lebih garang dan lebih pantas. 
 


Mazda3 TCR masih mengekalkan bentuk asal Mazda3 Liftback yang sangat seksi dan menawan itu, namun kehadiran komponen-komponen seperti splitter hadapan, skirt sisi dan over fender yang lebih lebar menjadikannya jauh lebih garang berbanding biasa. 

Malah, sayap belakang juga jauh lebih besar berbanding sayap acah-acah yang biasa kita nampak pada kereta hatchback tempatan!
 


Difahamkan, Mazda masih lagi sedang menala enjin empat silinder sebaris berkuasa turbo yang mampu menghamburkan 350 kuasa kuda yang dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan yang boleh ditukar menerusi kehadiran paddle-shift. 

Jentera Mazda3 TCR ini dibangunkan dengan kerjasama Long Road Racing - syarikat yang bertanggungjawab menala Mazda MX-5 Cup yang telah dihomologasi untuk bertanding di mana-mana kejuaraan TCR di seluruh dunia. 
 


Menurut pengerusi dan ketua pegawai eksekutif operasi Mazda Amerika Utara, Masahiro Moro berkata, "ia merupakan peluang kami untuk memperkenalkan model Mazda3, dan kami berharap generasi pelumba berikutnya akan lebih mengenali potensi yang ada pada Mazda3 TCR. 

Mazda3 TCR akan bersaing secara terus di dalam kejuaraan kereta touring, termasuklah Renault Megane R.S, Seat Leon, Subaru WRX STi, Volkswagen Golf GTI, Hyundai Veloster N dan Honda Civic Type R!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…