Mazda3 sah dilancarkan Julai ini - lima varian, harga anggaran dari RM137 ribu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasangan sedan dan hatchback segmen C dari Mazda, Mazda3 kini disahkan akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia bulan hadapan. 

Menariknya, tiada sebarang model pandu uji dikesan di jalanraya negara kita, sebaliknya model tersebut menjalani pandu uji di negara jiran, Thailand. 
 


Model generasi baharu Mazda3 itu buat pertama kalinya telah dipertontonkan kepada umum pada acara Singapore Motorshow 2019. 

Untuk pasaran Malaysia, seperti mana yang kami siarkan sebelum ini, Mazda3 akan ditawarkan dalam lima varian utama dan dua penawaran enjin Skyactiv-G iaitu 1.5 dan 2.0 liter. 

Manakala anggaran harga jualan pula adalah seperti berikut:

Mazda 3 1.5L Skyactiv Sedan/Hatchback – RM137,000
Mazda 3 2.0L H Skyactiv Sedan – RM147,000
Mazda 3 2.0L H+ Skyactiv Sedan/Hatchback – RM157,000

 


Jika anda tertanya-tanya kenapa harganya sedikit mahal berbanding generasi Mazda3 terdahulu, ini adalah kerana Mazda3 serba baharu diimport sepenuhnya dalam bentuk CBU, dan bukan versi pemasangan tempatan. 

Berdasarkan pemerhatian awal kami semasa di acara Singapore Motorshow awal tahun yang lalu, Mazda3 dilihat berpotensi untuk 'mengacau' penguasaan segmen C di Malaysia. 
 


Walau apapun, sama-sama kita nantikan perincian bagi model sedan dan hatchback dari Mazda ini di pasaran Malaysia kelak. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…