Mazda2 Hybrid khusus untuk pasaran Eropah dilancarkan - platform TNGA-B, 114 hp/169 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Benarlah seperti apa yang dilaporkan sebelum ini, apabila Mazda akhirnya secara rasmi melancarkan model hatchback mini Mazda2 Hybrid untuk pasaran Eropah, di mana model ini secara asasnya merupakan Toyota Yaris yang telah ditukarkan lencananya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, selain daripada logo Mazda dan emblem Mazda2 di hadapan dan belakang, ia masih lagi membawakan rekaan asal yang terdapat pada Toyota Yaris TNGA.
 

Mazda2


Dari segi dimensi, ia tidak banyak berubah, dengan panjang sekitar 3,940 mm, serta jarak antara roda sepanjang 2,550 mm.

Sistem hibrid yang digunakan juga datangnya dari Toyota, terdiri daripada nadi 1.5 liter tiga silinder sebaris yang mampu menghasilkan 91 hp, motor elektrik berkuasa 79 hp yang memacu roda hadapan, serta motor sekunder yang digunakan untuk memulakan enjin dan mengecas bateri lithium-ion.
 

Hybrid


Secara keseluruhannya, sistem ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 114 hp dan daya kilas 169 Nm, dibantu dengan sistem brek regeneratif, dan penggunaan bahan api serendah 3.8 liter/100 km.

Untuk pasaran Eropah, Mazda2 ditawarkan dalam tiga varian iaitu Pure, Agile dan Select.
 

Mazda2


Menurut Mazda, pengenalan model yang ditukarkan lencana ini mampu untuk mengurangkan emisi purata keseluruhan armadanya di Eropah, di mana mereka merancang untuk mengurangkan emisi telaga-ke-roda (well-to-wheel) sebanyak 50 peratus menjelang 2030 dan mencapai neutral karbon menjelang 2050.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemaskini terbaharu yang dibawakan oleh Mazda bukanlah bersifat pengganti, akan tetapi lebih kepada…
Berita Global
Namun untuk pasaran Eropah, Mazda diberitakan akan memasarkan model Mazda2 dengan menggunakan asas…
Berita Global
Terbaharu, Mazda telah mengemaskini penawaran hatchback segmen B itu dengan elemen yang…