Terbaharu, Mazda telah mengemaskini penawaran hatchback segmen B itu dengan elemen yang memperingatkan kita kepada sejarah penglibatan Mazda di dalam sukan permotoran.
Mazda Jepun memperkenalkan versi khas Mazda2 dengan layangan warna eksklusif Sunlit Citrus, namun perubahan yang ketara boleh didapati pada ruang kabin.
Ini kerana tempat duduk Mazda2 ini didatangkan dengan jalur fabrik berwarna kuning di bahagian tengah menampilkan corak argyle yang agak sinonim dengan liveri jentera rotari quad-rotor 787B yang memenangi 24 Hours of Le Mans.
Lebih menarik lagi, Mazda2 edisi khas ini dilancarkan pada tanggal 24 Jun, selang sehari selepas sambutan ulang tahun yang ke-30 kemenangan bersejarah 787B di Circuit de la Sarthe.
Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car, Mazda tidak pernah menyatakan corak tersebut merupakan satu rujukan secara terus kepada liveri Renown yang menghiasi jentera Mazda 787B itu.
Sumber: Japanese Nostalgic Car