Kemaskini terbaharu yang dibawakan oleh Mazda bukanlah bersifat pengganti, akan tetapi lebih kepada facelift ringan yang melibatkan beberapa perubahan kecil dari segi kosmetik.

Seperti contoh, struktur rekaan jeriji yang boleh didapatkan dalam kemasan hitam atau kemasan warna badan yang diikuti dengan aksen kecil berwarna kuning atau merah bergantung kepada varian yang ditawarkan.
Rekaan bampar depan dan belakang juga turut berubah, dimana pada bahagian belakang anda perlu melihat dengan lebih dekat untuk membezakan antara model facelift dengan model sebelum ini.
Selain daripada itu, terdapat dua pilihan warna cat baru yang ditawarkan iaitu Aero Grey Metallic dan Airstream Blue Metallic.

Untuk ruang kabin pula, Mazda menawarkan tiga pilihan kemasan dalam warna Pure White, Mirror Black atau Mint untuk varian Pure dan Pure SP.
Sementara varian Evolve dan GT pula mendapat kemasan dalaman hitam beserta warna kontras merah.
Berdasarkan gambar di atas, Mazda2 varian GT membawakan tempat duduk separa kulit, papan pemuka hitam dengan jahitan kontras merah, diikuti dengan tip ekzos berkembar dan rekaan rim aero di bahagian luar.
Perincian penuh penawaran Mazda2 facelift ini hanya akan didedahkan menjelang pelancaran rasmi di Australia pada Jun ini.