Mazda2 2023 dikesan - produk tukar lencana Yaris TNGA

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, kami pernah melaporkan kehadiran hatchback segmen B Toyota Yaris untuk pasaran Amerika Syarikat pada tahun 2019, di mana ia sebenarnya merupakan sebuah produk rebadge Mazda2.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun untuk pasaran Eropah, Mazda diberitakan akan memasarkan model Mazda2 dengan menggunakan asas daripada Toyota Yaris TNGA.
 

Mazda2


Serentak dengan itu, laman web Autocar berjaya memperoleh gambar intip model "Yaris" di sebuah fasiliti Mazda dengan logo yang sengaja disembunyikan dengan tidak kemas, menampakkan kelibat logo Mazda di bahagian belakang.

Ia adalah bertepatan dengan laporan kewangan Mazda tahun 2020 di mana mereka merancang untuk melancarkan model yang dibekalkan oleh OEM menggunakan asas daripada Yaris THS (Toyota Hybrid System) menjelang akhir tahun 2022 bagi memenuhi piawaian pelepasan emisi yang semakin ketat.
 

Mazda2


Malah, menurut portal Autocar lagi, wakil Mazda memberitahu mereka akan sentiasa mencari pendekatan yang menawarkan pelbagai penyelesaian untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan untuk setiap negara dan rantau.

"Sebagai salah satu daripada langkah penyelesaian, kami menyimpulkan sistem THS merupakan solusi yang optimum bagi memenuhi keperluan dan kehendak setiap wilayah.

 

 

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemaskini terbaharu yang dibawakan oleh Mazda bukanlah bersifat pengganti, akan tetapi lebih kepada…
Berita Global
Ini bermakna, selain daripada logo Mazda dan emblem Mazda2 di hadapan dan belakang, ia masih lagi…
Berita Global
Terbaharu, Mazda telah mengemaskini penawaran hatchback segmen B itu dengan elemen yang…